gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen Teruja BTS J-Hope Suka Snek Buatan Malaysia - “Saya Jerit Bila Nampak Dia Suka…”
RANCANGAN
“Dia Ibarat Whitney Houston, Celine Dion” - Izat Ibrahim Kagumi Bakat Aina Abdul
BERITA
Bapa Enam Anak 'Kahwin Lari' Dengan Bakal Menantu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Uyaina Usahakan Bisnes Makanan Bersama Kekasih Bukan Sebab Persediaan Untuk Berkahwin

gempak
Izwan Isa
01/10/2021
02:45 MYT
Sponsor Banner
Uyaina Usahakan Bisnes Makanan Bersama Kekasih Bukan Sebab Persediaan Untuk Berkahwin
Bisnes makanan yang diusahakan oleh pelakon dan pengacara Uyaina Arshad bersama kekasihnya, penyanyi Raja Syahiran bukanlah sebagai persiapan untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Sebaliknya, perniagaan gerai makanan King’s Eye yang terletak di Medan Selera Masok, Kampung Baru, Kuala Lumpur itu diusahakan bagi membantu rakan-rakannya untuk meraih sumber pendapatan.
View this post on Instagram
A post shared by Syahiran (@rajasyahiranmy)
“Sekitar Disember tahun lalu, Alif Farhan yang mewakili kumpulan Floor 88 iaitu pengusaha medan selera ini secara keseluruhan datang kepada saya dan bertanya jika mahu memulakan perniagaan di sini.
“Pada mulanya, saya tidak terfikir untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan. Namun, ada antara rakan dan sepupu yang mahu mencuba berniaga.
BACA: Uyaina Menangis Tayar Kereta Pecah Tepi Jalan, Mujurlah Ada Raja Syahiran!
“Kebetulan, mereka mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari. Jadi, apa salahnya jika kami bergabung untuk menguruskan gerai makanan ini. Jadi, bisnes ini diusahakan bukan sebab kami nak kahwin. Memang niat kami berdua untuk membantu orang yang ingin mencari rezeki,” katanya kepada Gempak.
Antara menu yang boleh didapati di gerai King’s Eye termasuklah hidangan chicken chop dan aneka pasta.
Uyaina juga menambah, dia berasa sangat bersyukur kerana keadaan semakin pulih dan orang ramai telah mula datang menjamu selera di Medan Selera Masok.
“Kami bercuti agak lama juga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu, kami beralih sepenuhnya kepada servis penghantaran makana.
“Begitupun, selepas kerajaan memberikan kelonggaran terhadap peniaga dan membenarkan aktiviti makan di gerai (dine-in), perniagaan kami beransur pulih,” kata juara pencarian Nona Manis 2015 itu.
Dalam perkembangan lain, Uyaina bakal memulakan penggambaran sebuah drama bersiri pada Oktober ini. Menerusi naskhah berjudul Kau Cipta Kasih itu, Uyaina bakal bergandingan dengan pelakon Nazim Othman.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Raja Syahiran
#Makanan
#Bisnes
#kulinari
#Uyaina
Must-Watch Video