Salah seorang anggota BTS, Kim Taehyung atau V bukan sahaja dikenali kerana skilnya sebagai anak seni. V sebaliknya sering dianggap memiliki pesona tersendiri dan disifatkan kacak dalam kalangan peminatnya di seluruh dunia.

Sebagai bukti, data di Internet dalam kategori Google Trends, V merajai carian paling popular dengan hashtag #1 lelaki paling kacak dalam tempoh 10 tahun lalu!

Malah nama V juga menjadi carian paling popular dari Google sepanjang lima tahun ini.

Pesona dan wajah kacak bukan sahaja digilai peminat, namun pakar kosmetik juga menyukai bentuk muka V.

Penyanyi berusia 26 tahun ini pernah dinobatkan sebagai #1 oleh I-Magazine's Fashion Face Awards yang diadili oleh barisan jurugambar profesional, pereka busana, jurusolek, stylists dan editor daripada lebih 30 negera.

Pakar bedah kosmetik pula menyifatkan V mempunyai wajah asli yang sempurna dan dinamakan sebagai Golden Ratio.

Kredit Foto: AllKPop, Vogue