Vaksin dos tunggal CanSino, Convidecia telah mendapat kelulusan bersyarat sebagai dos penggalak daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) yang berada di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Memetik laporan BERNAMA, Solution Group Bhd menerusi anak syarikatnya, Solution Bilologics Sdn Bhd memaklumkan bahawa PBKD telah bersetuju Convidecia digunakan sebagai dos penggalak.
Convidecia adalah sejenis vaksin berasaskan vektor adenovirus-5.
Kelulusan berkenaan membolehkan vaksin CanSino digunakan pada golongan berusia 18 tahun ke atas, dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas menerima dos pertama vaksin CanSino.
Menurut Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Nazlee Kamal, kajian telah menunjukkan bahawa vaksin dos tunggal Convidecia berkesan sebagai dos penggalak terhadap penyebaran varian COVID-19.
Ia menunjukkan peningkatan sekurang-kurangnya lapan kali lebih tinggi meneutralkan paras antibodi, enam bulan selepas menerima dos pertama.
"Dengan kelulusan ini, kami berharap ia akan membantu meningkatkan bilangan dos penggalak yang diuruskan dalam negara untuk membendung penularan tersebut," katanya.
Dalam pada itu, kumpulan tersebut juga sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan NPRA untuk Convidecia digunakan sebagai dos penggalak bagi penerima vaksin utama lain seperti CoronoVac yang turut dikenali sebagai Sinovac.
Pada Disember 2021, Solution Biologics telah menghantar sebanyak 3.5 juta dos vaksin COVID-19 itu kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
Pengeluaran tempatan daripada kemudahan 'fill and finish' (pengisian dan pembotolan) dijangka bermula tidal lama sahaja lagi.
Sumber: BERNAMA
Asraf Aided
Sat Jan 08 2022


“Memang Handsome Sejak Azali…” - Netizen Tergamam Lihat Foto Hael Husaini Ketika Usia Kecil
Comel!
![[Video] “Open, Open, Oh? Papa! - Comel Reaksi Anak Norman Hakim, Menjerit Terkejut Bila Maskot Zirafah Dibuka [Video] “Open, Open, Oh? Papa! - Comel Reaksi Anak Norman Hakim, Menjerit Terkejut Bila Maskot Zirafah Dibuka](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-open-open-oh-papa-comel-reaksi-anak-norman-hakim-menjerit-terkejut-bila-maskot-zirafah-dibuka.jpg?ext=.jpg)
[Video] “Open, Open, Oh? Papa!" - Comel Reaksi Anak Norman Hakim, Menjerit Terkejut Bila Maskot Zirafah Dibuka
Lucu bila anak-anak jerit panggil papa dia haha.

“Stop Sekejap Kerja, Pergi Kejar Anak Bini…” - Netizen Doa Syamsul Yusof Terbuka Hati Pergi Umrah
Sama-sama doakan
![[VIDEO] Kasih Leia Ixora Akhirnya Jawab Persoalan Mengenai Keadaan Fizikal Kurus - “Lepas Kena Bedah, Ambil Ubat Hidung…” [VIDEO] Kasih Leia Ixora Akhirnya Jawab Persoalan Mengenai Keadaan Fizikal Kurus - “Lepas Kena Bedah, Ambil Ubat Hidung…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-20_4.png?ext=.png)
[VIDEO] Kasih Leia Ixora Akhirnya Jawab Persoalan Mengenai Keadaan Fizikal Kurus - “Lepas Kena Bedah, Ambil Ubat Hidung…”
Semoga baik-baik saja...

“Saya Dipecat Oleh Parti Yang Saya Sayang, Unbowed, Unbent, Unbroken” - KJ
KJ dipecat daripada UMNO.

TMSMY3: Tekaan Kak Lina Power! Tak Sangka Zirafah Rupanya Norman Hakim!
Bukan Ajak Shiro dik, Norman Hakim rupanya.

Dayang Nurfaizah Sanggup Terbang Ke Budapest Demi Belagu 11
Dayang Nurfaizah Sanggup Terbang Ke Budapest

Dolla Bangga Bakal Satu Pentas Dengan NCT DREAM, WayV, KARD & ALICE!
Dolla Bangga Bakal Satu Pentas Dengan Artis K-Pop

"Kami Tidak Kompromi"- Kenderaan Polis Telah Disaman Kerana...
Viral Kenderaan Polis Disaman

Hadir Berkerusi Roda, Prosiding Bela Diri Kes Rasuah Bung Moktar & Zizie Izette Ditetapkan Pada 27 Mac Ini
Prosiding Bela Diri Kes Rasuah Bung Moktar & Zizie Izette Ditetapkan Nanti