Vaksin COVID-19 Sudah Fasa Ke-3, Tetapi Malangnya...
Dengan jumlah pertambahan kes COVID-19 di kebanyakan negara termasuk Malaysia, pastinya orang ramai menantikan keputusan vaksin virus tersebut.
Menerusi laporan Bernama, sebanyak enam vaksin percubaan COVID-19, termasuk tiga dari China kini memasuki percubaan fasa ketiga.
Pengarah eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO, Michael Ryan berkata, tiga vaksin percubaan itu dari Sinovac, Institut Produk Biologi/Sinopharm Wuhan, dan Institut Produk Biologi/Sinopharm Beijing.
“Tiga lagi vaksin dihasilkan Universiti Oxford/AstraZeneca, Moderna/NIAID dan BioNTech/ Pharma Pharma/Pfizer.
“Pada fasa ketiga, buat pertama kalinya, vaksin akan dimasukkan ke dalam populasi umum sebelum menumpukan kepada ciri keselamatan, keimunogenan dan tindak balas imun pada sebilangan kecil manusia,” katanya.
Jelasnya, ujian fasa ketiga akan menguji sama ada vaksin dapat melindungi sejumlah besar orang dalam jangka masa panjang.
“Walaubagaimanapun ia tidak bermaksud fasa ketiga ini vaksin sudah hampir tersedia.
“Tiada jaminan mana-mana daripada enam vaksin percubaan itu akan memberi kita jawapan."
Secara keseluruhan, 165 vaksin percubaan sudah melalui beberapa ujian dan 26 daripadanya ujian klinikal, menurut WHO.
Sumber: BERNAMA