,
gaya hidup

‘Vaksin’ Umat Akhir Zaman, “Dua Dos Ni Kena Ambil. 10 Ayat Pertama, 10 Ayat Terakhir Al Kahfi.” – Ustaz Wadi Annuar

Huda Hussain
16/09/2021
15:46 MYT
Banyak amalan-amalan yang disunatkan dilakukan pada hari Jumaat. Dan diantaranya adalah melazimi bacaan Surah Al Kahfi. Seperti yang dikongsikan pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar dalam salah satu daripada himpunan ceramah beliau. Antara lain, beliau berkata;
“Saya nak beritahu ujian kita banyak. Cabaran kita umat akhir zaman ini banyak. Cuma Alhamdulillah, Rasulullah SAW tidak meninggalkan kita keseorangan terkontang-kanting tanpa bantuan. Nabi ajar kepada kita antara ‘vaksin’ yang paling kuat di akhir zaman ini ialah membaca Surah Al Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Tuan-tuan ajaklah anak-anak. Surah yang diturunkan khas oleh Allah SWT untuk membentengi umat Nabi Muhammad keseluruhannya daripada fitnah dajjal dan kesemua fitnah yang lahir daripada dajjal. Dua dos ni tuan-tuan kena ambil, 10 ayat pertama Al Kahfi, 10 ayat terakhir Al Kahfi.
Kredit Foto: IG Rofandi06
Mengapa 10 Ayat Pertama dan 10 Ayat Terakhir Dipilih? 10 ayat terawal menceritakan mengenai kenyataan Al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap Al-Quran. Manakala 10 ayat terakhir pula menunjukkan kesan bagi mereka yang beriman dan kufur.
Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah ini akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat Al Quran serta mengharap perlindungan Allah SWT daripada fitnah dajjal. Membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat amat digalakkan kepada umat Islam tanpa mengira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya. Bahkan lebih baik membaca satu surah keseluruhannya. Hal ini kerana Surah Al Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang utuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.
Kredit Foto: IG Alif Satar
Umum mengetahui pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam dan cabaran terhadap umat Islam sendiri cukup kuat sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” Riwayat Al Tirmizi.
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat menjadi sebahagian daripada amal ibadat kita dan mempertingkatkan keimanan kita kepada-Nya. Wallahuwaalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
Berita

Lebih Semangat Sambut Hari Raya Aidil Adha, Jom Lakukan 11 Amalan Sunat Ini

gempak
16/06/2024
23:55 MYT
Pada hari ini, semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Dalam kita bergembira meraikan Hari Raya Aidiladha, jangan sesekali melanggar batas syariat yang ditetapkan.
Viral

Rai Syawal Awal, Imam Dakwa Sudah Telefon Allah: “Allah SWT Kata 5 Jumaat”

gempak
06/04/2024
03:20 MYT
Peristiwa ratusan jemaah di Dusun Panggang III, Giriharjo, Kecamatan Panggang, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia sudah melakukan solat sunat Aidilfitri sekaligus menyambut 1 Syawal pada 5 April 2024 masih menjadi perhatian.
Laman Utama

DUN Selangor Bubar Jumaat Ini

gempak
19/06/2023
04:20 MYT
Dun dibubar pada 23 Jun
Personaliti

“I Don’t Make Enemies With Anyone, and I Don’t Make Friends With Everyone”. Faizal Tahir

gempak
16/12/2021
02:00 MYT
Menerusi satu perkongsian, selebriti yang aktif dengan kerja-kerja amal ini berkongsi buah fikirnya tentang beberapa perspektif kehidupan. Dan realitinya, itulah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian.