Berita

Vanidah Imran Akui Ada Lelaki Cuba Dekati Tetapi...

gempak
ZULHILMI JALIL
29/11/2019
09:25 MYT
Sponsor Banner
Vanidah Imran Akui Ada Lelaki Cuba Dekati Tetapi...
Pelakon Vanidah Imran mengakui terdapat lelaki yang cuba mendekati dirinya selepas berpisah dengan bekas suaminya, Rashidi Ishak pada Ogos tahun lalu.
Begitupun, menurut Vanidah, 46, banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya.
"Ada tu memang ada (didekati lelaki). Cuma, bagi saya banyak faktor yang perlu difikirkan termasuklah anak-anak saya.
"Bukan sesuatu yang mudah (kahwin lain), saya ada dua anak. Sekarang ni nak kata tutup pintu hati tak, nak kata saya mencari pun tak juga.
"Terpulanglah pada Allah (soal jodoh). Semuanya dengan izin-Nya," katanya kepada Gempak.
Vanidah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pra Pelancaran Filem Daulat di Plaza Equatorial, Kuala Lumpur malam tadi.
Menurut Vanidah lagi, dia juga tidak pernah menetapkan bahawa teman hidupnya perlu dari orang dalam industri ataupun tidak.
"Tak pernah terfikir nak orang seni atau pun tidak. Apa yang penting adalah faktor keserasian.
"Kalau nak ada orang lain (dalam hidup), saya kena pastikan individu itu pandai untuk memenangi hati anak-anak saya, boleh menjaga saya dan anak-anak," kongsinya.
Vee bercerai dengan Rashidi pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun hidup bersama.
Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15.
Dalam perkembangan lain, kata Vanidah, dia teruja untuk menunggu kemunculan filem Daulat yang dijangka ditayangkan pada awal tahun depan.
Katanya, ia merupakan filem pertama yang mengangkat genre political thriller di negara ini.
Lebih menarik, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 tersebut bakal bergandingan dengan Rashidi sebagai suami isteri dalam karya arahan Imran Sheikh itu.
BACA: Berlakon Dengan Bekas Suami Dalam Filem Baru... Ini Komen Vanidah Imran
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024