Anak kepada usahawan selebriti Datuk Seri Vida, Cik B mencuri perhatian ramai apabila menggayakan potongan rambut terbaharu yang dipanggil sebagai mullet.
Menerusi platform TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 17, berkongsi video memotong rambut pada awal minggu lalu untuk tatapan umum.
“Jadi, saya beritahu mama saya mahu gaya rambut mullet dan dia kata okay dan akan memotong rambut saya. Saya sangat takut,” kata Cik B menerusi perkongsian tersebut.
Bagi yang belum mengetahui, gaya mullet merupakan rambut yang dibotakkan di sisi kiri dan kanan manakala bahagian atas dan bawah dibiarkan panjang.
Viral
“Vida Ada 2 Anak Lelaki Ke?” - Cik B Potong Rambut Gaya Mullet, Smart Betul!