Skip to main content

Hiburan

Syed Saddiq ‘Blushing’ Tengok Kecantikan Bella Astillah Berbusana Pengantin - “Nak Kahwin Hari Inilah…”

Syed Saddiq ‘Blushing’ Tengok Kecantikan Bella Astillah Berbusana Pengantin - “Nak Kahwin Hari Inilah…”

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, menunjukkan keterujaan melihat bakal isterinya, selebriti Bella Astillah, mengenakan busana pengantin putih.
  • Pasangan ini telah bertunang pada 28 Mac 2026 dan merancang majlis perkahwinan di Menara Merdeka 118, menjadikannya lokasi ikonik pertama untuk akad nikah.
  • Mereka juga akan mengadakan beberapa majlis resepsi di Kuala Lumpur, Muar, dan Sabah sebagai sambutan hari bahagia mereka.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyorot perhatian apabila dilihat tidak dapat menahan rasa teruja ketika melihat kecantikan bakal isterinya yang juga selebriti, Bella Astillah ketika mengenakan busana pengantin berona putih.

Menerusi hantaran yang dimuat naik akaun @Hijabistahub, Syed Saddiq juga berseloroh mengatakan dirinya tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat kecantikan Bella.

Advertisement

“Baik kahwin hari ini,” seloroh Syed Saddiq.

Sementara itu, Bella yang sedang melakukan sesi fotografi dilihat tersipu malu ketika Syed Saddiq tersenyum melihatnya.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menanti hari bahagia pasangan merpati dua sejoli itu.

Advertisement

Sekadar info, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah mengikat tali pertunangan dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah pada 28 Mac 20026 di ibu negara.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Pasangan ini akan d disatukan di bangunan ikonik negara dan bakal mencipta sejarah sebagai pasangan pertama yang diijabkabulkan di menara tersebut.

Lokasi pernikahan ini direalisasikan menerusi kolaborasi istimewa antara Astro dan Precinct Merdeka 118, menjadikan ikon Kuala Lumpur itu sebagai latar eksklusif untuk hari bahagia pasangan pengantin.

Majlis perkahwinan Bella dan Syed Saddiq tidak terhenti pada satu acara sahaja apabila mereka merancang untuk mengadakan beberapa majlis resepsi di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Muar, Johor dan Sabah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement