,
Laman Utama

[VIDEO] Aaron Aziz Panik Isteri Kemalangan, Tiada Kecederaan Serius Tapi… - “Terus Jantung Macam Jatuh, Anxious”

Asyikin Mayudin
01/12/2022
00:50 MYT
Malang tidak berbau apabila isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik terlibat dalam kemalangan kereta pada petang semalam.
Menerusi perkongsian Aaron di laman Instagram, dia menerima mesej daripada isterinya mengenai insiden tersebut sebaik sahaja bangun dari tidur.
Tiada kecederaan serius, namun Aaron tetap meminta Diyana terus ke Pusat Perubatan Prince Court memandangkan isternya mengadu sakit belakang dari leher ke pinggang.
“SubhanAllah bangun tidur dapat mesej daripada my darling (isteri) dia terlibat dalam kemalangan. Kereta sondol dari belakang. Terus jantung macam jatuh, anxious.
“Terus suruh dia straight ke Prince Court sebab sakit belakang dia dari leher ke pinggang. Alhamdulilah X-ray ok. Tapi doktor suruh monitor dan total rest untuk 48 jam,” katanya.
Aaron turut berkongsi video memperlihatkan keadaan belakang kereta jenis Alphard warna hitam yang dipandu isterinya kemek selepas dilanggar kenderaan lain.
Video tersebut juga memperlihatkan isteri Aaron yang terlantar sakit ketika sedang dirawat di pusat perubatan tersebut.
Rata-rata netizen mendoakan agar isteri pelakon filem KL Gangster itu diberikan kesembuhan cepat dan dipermudah segala urusan.
Dalam pada itu, Aaron turut berpesan kepada isterinya agar terus berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
“Thank you to the nurses of PMC. Selalu terbaik. Berehat okay dar. Bukan ke sana sini, faham. Dia ni kalau tak sakit, memang ligat. Kalau tak kerja ada saja aktiviti dia.
“Jadi kita tengok dia boleh duduk diam tak. #AbgsayangTapiTegas,” ujarnya.
Untuk rekod, Aaron mendirikan rumah tangga dengan Diyana pada 2003 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana serta Dahlia Arissa.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Filem

Komedi Romantik Hingga Ke Genre Aksi, Ini 5 Watak Ikonik Aaron Aziz Yang Paling Diingati Peminat Sehingga Kini!

gempak
13/06/2024
09:55 MYT
Berikut merupakan lima watak dalam filem yang dilakonkan oleh Aaron Aziz yang masih diingati sehingga kini.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Ini Reaksi Mimi Lana, Maya Karin & Datuk Aaron Aziz Bila Baca Komen Warganet Mengenai The Experts!

gempak
09/06/2024
09:55 MYT
Berjaya meraih kutipan sebanyak RM10 juta, filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts terus menjadi bualan hangat di media sosial.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.