Laman Utama

[VIDEO]: “Alhamdulillah” - Bakal Timang Baby Lagi, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Reaksi Anak, Siap Guna Lagu Tema World Cup BTS Jungkook

gempak
Mya Amri
02/12/2022
06:47 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: “Alhamdulillah” - Bakal Timang Baby Lagi, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Reaksi Anak, Siap Guna Lagu Tema World Cup BTS Jungkook
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh Muszaphar dalam satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya hari ini.
Video itu juga disertakan dengan muzik rasmi sempena Piala Dunia Qatar 2022 berjudul Dreamers yang dinyanyikan oleh anggota kumpulan K-Pop terkenal, BTS Jungkook
“Alhamdulillah, syukur sangat. Semua orang teruja, semoga dipermudahkan. Amin,” tulisnya.
Lebih istimewa lagi, video tersebut merakamkan momen manis reaksi anak-anaknya sebaik sahaja diberitahu berita gembira itu dengan cara berbisik.
Paling menarik perhatian adalah anak bongsunya, Sophea Emilia, 2, yang mendapat usikan netizen kerana reaksinya seolah-olah tidak mendengar dan mahu kekal sebagai anak terakhir.
“Emelia tak nak dengar, nak kekal jadi anak bongsu la tu haha,”
“Emilia macam, tak nak, tak nak dengar, nak jadi anak bongsu juga haha,” antara usikan netizen.
Di ruangan komen yang sama, netizen juga turut mengucapkan tahniah kepada pasangan romantik itu.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3, serta kembar kedua, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live