Setiap kali muncul dengan single baharu, penyanyi Datin Alyah tidak pernah menghampakan peminat daripada segi kualiti lagu serta muzik video.
Terbaharu, menerusi lagu Cinta Sahabiyah, Alyah sekali lagi memberikan buah tangan luar biasa buat peminatnya!
"Kalau perasan, muzik video saya semuanya all out! Untuk Cinta Sahabiyah, nampak extra effort mungkin kerana kita semua baru keluar dari tekanan COVID-19.
"Sebelum ini kita terkongkong sebab nak menjaga kesihatan, sekarang apa yang boleh buat, kita akan buat sehabis baik!
"Saya mahu perasaan bangga itu ada walaupun kita sudah tua nanti. Bila anak cucu tengok hasil kerja seni saya, mereka akan dapat signal inilah Alyah," ujarnya kepada Gempak.
Alyah ditemui pada penggambaran muzik video Cinta Sahabiyah di Puncak Dani, Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.
Tambah Alyah, Cinta Sahabiyah punyai mesej yang kuat terutamanya memperkasakan wanita pada zaman sekarang.
"Kita ambil semangat yang diperjuangkan Sahabiyah (sahabat wanita) Rasulullah SAW dengan harapan kaum Hawa sekarang mana yang rapuh akan jadi lebih kuat. Kurang sabar, akan jadi lebih penyabar," tambahnya.
Cinta Sahabiyah ditulis sendiri liriknya oleh Alyah dan susunan muziknya mendapat sentuhan Omar K. Manakala, muzik videonya pula diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Amri Hassan
Tue Dec 06 2022
![[VIDEO] Alyah All Out Demi Cinta Sahabiyah - Saya Mahu Bangga Bila Tengok Balik Tua Nanti [VIDEO] Alyah All Out Demi Cinta Sahabiyah - Saya Mahu Bangga Bila Tengok Balik Tua Nanti](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/sekadar-gambar-hiasan-2022-12-06t040331-049.png?ext=.png)
.png?ext=.png)
ATNM2: Guru, Tukang Jahit, Busker - Siapakah 16 Peserta Yang Berjaya Merebut RM50,000 Malam Ini?
Siapakah 16 Peserta ATNM2 Yang Berjaya Merebut RM50,000 Malam Ini?
![[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…” [VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-44.png?ext=.png)
[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”
Rezeki Fikry dapat jaga ibu...
![[VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf [VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/doc/whatsapp-image-2023-02-05-at-12-33-10-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf
Amir dah minta maaf
_2.png?ext=.png)
“Malang Tidak Berbau, Anak Ibu Jatuh…” - Siti Nurhaliza Syukur Aafiyah Selamat Jalani Terapi
Semoga cepat sembuh

Krisdayanti Beri Cucu Usia Kurang 1 Tahun Kopi: “Ya Allah Ketagih Seperti Nenek”
Nama Krisdayanti sedang menjadi bualan hangat warganet Indonesia selepas video dia memberi cucunya kopi viral sejak semalam.

Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Untung Fatin

Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
Bimbang selepas hubungan sulit terbongkar, seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya

Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!

Trauma, Lelaki Saman Wanita RM10 Juta Sebab Kena Friend Zone
Alamak!