Laman Utama
[VIDEO] Anak Perempuan Lan Solo Buat Cabaran Tarian ‘Wednesday’, Netizen Pula Tegur Minta Fahami Lirik Dengan Betul
Pernah dikritik gara-gara rancak menari, sekali lagi nama anak perempuan kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Amna Qaleesya menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Ia berikutan video memperlihatkan anak sulungnya yang berusia 12 tahun itu mengikuti trend menari gaya watak utama drama bersiri popular, Wednesday di TikTok.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok Lan memberitahu anaknya melakukan tarian tersebut selepas mendapat banyak permintaan daripada netizen.
“Lepas video hari itu, ramai pula request kakak solo… jadi, kita belanja kakak solo. Dua makhluk belakang tu pun dalam karekter juga tau,” tulis Lan secara ringkas.
Rata-rata netizen di ruang komen di perkongsian tersebut memuji aksi Qaleesa yang dilihat mirip watak Wednesday yang dilakonkan oleh pelakon Hollywood Jenna Ortega.
“Masalahnya sebiji diknon dengan Wednesday. Part kelakar waktu dia menari itu.
“Buat masa ini, trend ini anak kau paling gerek bro! Memang macam Wednesday,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen turut menegur tindakan Lan Solo yang tidak peka dengan lirik lagu yang digunakan agak sensitif kerana menyentuh kepercayaan serta agama lain.
“Kena faham lirik… tapi kalau dah faham nak buat juga, itu terpulanglah. Sebab ayahnya pun ada dekat situ.
“Sebenarnya dalam cerita Wednesday itu dia menari lagu lain bukan lagu ini. Tapi tak tahu yang jadi viral lagu Bloody Mary dengan tarian ini.
“Maaf ya, rata-rata semua gembira tentang menari ini. Lirik lagu ini faham kan dulu. Tajuk pun Bloody Mary. Cuba tengok lirik tu tentang apa. Bukan semua kita boleh enjoy. Maaf ya hanya cakap.
“Ya Allah gais, please alert and understand the lyrics (tolong peka dan faham lirik itu),” tegur beberapa netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video