Video Anak Shuib Tonton Video CEO Helmie Tular, Netizen Sebak - “Kenapa Tak Halang…”
Sepotong video memaparkan anak kepada pelawak Shuib berjaya mencuri perhatian netizen apabila dilihat menonton video pempengaruh iaitu CEO Helmie.
Menerusi hantaran di TikTok, anak lelaki kepada Shuib, Ariq Matin ditegur supaya berhenti melihat video pempengaruh itu kerana didakwa telah melemparkan tuduhan jahat secara terbuka terhadap pelawak tersebut dan isterinya, Watie Hanifiah sebelum ini.
BERITA TRENDING: “Dekat TikTok Awak Block Saya, Kasar Sangat Ayat Awak Wahai Sedara” - Shuib@shuibsepahtu Tanpa kita sedar,mungkin ada hati yang terluka.Terima kasih atas hinaan dan kejian yg buat byk hati yg terluka.♬ original sound - shuibsepahtu
Hantaran itu turut disertakan dengan kapsyen sebak di mana Shuib meluahkan rasa kesal dengan individu berkenaan yang disifatkan sebagai mengguris hati ahli keluarganya.
“Tanpa kita sedar, mungkin ada hati yang terluka. Terima kasih atas hinaan dan kejian yang buat banyak hati terluka,” tulis Shuib.
Netizen sebak
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kasihan terhadap anak pelawak itu.
“Kasihan dekat anak Shuib, sebab tuduhan tu ditujukan dekat mommy dia.”
“Sebaknya tengok Matin bila dia pandang kamera, kau tengah bercakap pasal bapa dia. Kau tahu hati dia rasa apa?”
“Anak-anak ni hati dia lagi cepat tersentuh, kecewa. Apa masalah si Helmie tu?!”,” komen beberapa netizen l.
Terdahulu, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai CEO Helmie memuat naik video menuduh isteri kepada Shuib iaitu Watie menjadi punca pelawak itu berubah sikap.
Malah secara sinis dia meminta Shuib mencari pengganti isterinya dengan wanita lebih solehah.
Lelaki sama juga pernah mendakwa pelawak itu menggunakan wang syarika untuk mengerjakan umrah di Makkah.
Susulan Shuib mahu bersemuka dengannya, lelaki tersebut sebaliknya meminta pelawak itu menyelesaikan masalah dengan pekerjanya sebelum cuba menjejakinya.