Laman Utama

[VIDEO] Anak Teruna Cintai Al-Quran, Netizen Kata Rita Rudaini Bertuah! - "Semoga Dapat Menantu Pun Yang ..."

gempak
Asyikin Mayudin
26/12/2022
11:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Anak Teruna Cintai Al-Quran, Netizen Kata Rita Rudaini Bertuah! - "Semoga Dapat Menantu Pun Yang ..."
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan anak lelaki Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin sedang mengaji menarik perhatian netizen.
Bersyukur anak-anak mencintai Al-Quran, pelakon berusia 46 tahun itu meluahkan rasa bahagia dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya.
“Alhamdulillah… anak-anak yang mencintai Al-Quran adalah salah satu rezeki yang Tuhan hadiahkan untuk saya… tiada yang lebih bahagia dari ni.
“Moga anak-anak ku akan terus bersahabat dengan Al-Quran sampai akhir hayat. Ryan minta guru mengaji dia dari kecil ustaz @hjzalie untuk tebuk hafazan dan periksa tajwid,” kongsi Rita.
Selain rakaman itu, Rita turut memuat naik video dia menunggu anak-anak lelakinya dalam kereta sementara mereka selesai menunaikan solat.
“Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ya anak-anak… mommy tunggu kamu dalam kereta. Tugas mommy untuk anak-anak lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri.
“Doakan mommy sihat selalu,” tulis Rita.
Rata-rata netizen menganggap Rita seorang ibu yang sangat bertuah kerana memiliki dua orang anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap agama dan keluarga.
“Mereka akan menjadi seorang lelaki yang terbaik kepada anak perempuan kepada seseorang satu hari nanti Insya-Allah. Kasih sayang dan ajaran daripada ibunya saja sudah cukup sempurna.
“Aaa sedihnya ayat mama. Hurmm kak Rita semoga terus kuat na… semoga dapat menantu pun yang baik-baik nanti juga kak Rita macam ibu sendiri.
“Suka saya tengok akak Rita didik anak, semoga Allah permudahkan urusan dan dimurahkan rezeki,” komen beberapa netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
@ritrud727 #Repost ♬ original sound - Rita Rudaini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live