,
Laman Utama

[VIDEO] Anniversary Ke-6, Amyra Berdoa Hidup Bersama Amar 10000000000000 Tahun - "Awak Cinta Sejati Saya"

Shahrin Zulkifle
13/11/2022
04:00 MYT
Pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin menyambut ulang tahun perkahwinan ke enam mereka pada 11 November lalu.
Sempena meraikan ulang tahun itu, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati, 31, menitipkan ucapan istimewa yang menyentuh hati buat suaminya.
Menerusi satu muat naik di Instagram, pelakon Jangan Menangis Cinta itu memberitahu dia bersyukur kerana memiliki Amar sebagai pasangan selain mengimpikan untuk hidup bersama selamanya hingga ke Jannah.
“Saya sangat bersyukur memiliki awak dan berada di sisi lelaki yang paling hebat di dunia.
“Hari ini kita sambut ulang tahun perkahwinan yang ke enam dan saya berdoa untuk hidup bersama awak sebanyak 10000000000000 tahun hingga Jannah kerana awak lah cinta sejati saya, sahabat saya dan teman jiwa saya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Amyra turut berkongsi sepotong video pendek mereka berdua buat tontonan umum.
Sementara itu, menerusi kemas kini di Instagram Amar pula, dia juga tidak terlepas untuk minitipkan ucapan istimewa buat isterinya.
Jelas Amar, sepanjang enam tahun mereka mendirikan rumah tangga, telah banyak perkara telah dilalui bersama selain bersyukur memiliki Amyra sebagai isteri.
“Enam tahun bersama dan masih kuat! Kita telah melalui segalanya bersama. Awak adalah bahagian terbaik dalam hidup saya.
“Awak adalah benar-benar isteri terhebat lebih daripada apa yang saya bayangkan. Saya benar-benar bersyukur mempunyai awak,” kongsinya pada kapsyen.
Untuk info, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Majlis Kahwin Bertukar Tragedi, Remaja Tertusuk Badik Maut Depan Pengantin

gempak
31/10/2024
11:45 MYT
Sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah desa di Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan, Indonesia bertukar tragedi apabila seorang remaja maut tertikam diri sendiri.
Hiburan

Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

gempak
30/10/2024
23:45 MYT
Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Viral

“Andai Kata Isteri Tiada, Saya Mungkin Tak Akan Kahwin Lagi…” - Aliff Syukri Sebak Terkenang Situasi Hampir Bercerai

gempak
29/10/2024
07:25 MYT
Aliff, 37, berkata dia percaya tiada pasangan berkahwin mahu bercerai selain yakin keputusan yang dilakukan mereka adalah jalan terbaik setelah memikirkan masak-masak.
Hiburan

Menang Kes Mahkamah, Shakila Saiful Bawa Diri - "Saya Berhijrah Ke Tempat Lain Untuk Pulihkan Hati, Jiwa & Minda"

gempak
29/10/2024
03:35 MYT
Pelakon dan model Shakila Saiful memaklumkan dia perlu berhijrah keluar dari Malaysia buat sementara waktu bagi memulihkan dirinya.
Hiburan

Pesona 5 Pasangan Cinta Nusantara

gempak
27/10/2024
06:56 MYT
Di dunia ini, jatuh cinta bukan hal yang rumit namun yang sukar adalah mempertahankan cinta yang pernah terbit. Apa lagi apabila ia membabitkan cinta jarak jauh.
Anmum