Hujan lebat yang turun di Jeddah menyebabkan banjir melanda kawasan Barat Arab Saudi itu sehingga melumpuhkan aktiviti harian rakyat negara tersebut, semalam.
Menerusi laporan Middle East Eye, pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan menerusi Twitter bencana itu meragut dua nyawa dan meminta penduduk kekal di rumah kecuali mempunyai urusan penting.
Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz ditutup dan ratusan kereta hanyut dibawa arus.
Tidak hanya itu, sesi persekolahan juga ditangguh apabila sekolah ditutup dan jalan di Mekah ditutup untuk keselamatan.
Potongan video yang tersebar di media sosial menunjukkan suasana tegang antaranya banjir deras merosakkan kenderaan dan kediaman.
Cars swept away in flash floods in #Jeddah - 2nd city in #SaudiArabia #أمطار_جدة #جدة_الأن pic.twitter.com/LeBfsyMtdL