Laman Utama
[VIDEO] “Artis Luar Kemain Banyak Syarat” - Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Dolla Seksi, Bandingkan Dengan Penyanyi Kpop Datang Malaysia
Sememangnya dikenali dengan imej seksi, namun penampilan ahli kumpulan Dolla ketika melakukan persembahan di Good Vibes Weekender baru-baru ini mengundang kecaman.
Rata-rata netizen menganggap penampilan Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya yang menggayakan fesyen berbeza dianggap terlalu seksi.
“Artis luar, masuk Malaysia kena tidak menjolok mata. Kita… sebaliknya.
“Erk artis Malaysia boleh pula baju macam ini eh… artis luar kemain banyak syarat.
“Huh… baju. Tak ada pemantauan ke? Kalau Baby Shima dah kena ni,” antara komen netizen.
Bagaimanapun terdapat segelintir peminat yang teruja melihat Dolla menari dengan lagu hit mereka berjudul Impikan.
"So superb you all improve... the vocal beat breath maintain while dancing. Love it.
"Gila la... gempaknya diorang! Ni baru next level," kata peminatnya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, empat gadis yang memakai baju warna merah dan hitam itu dilihat lincah menari di hadapan ratusan penonton yang hadir.
@ehmalaysia @dollaofficial #goodvibesweekender #idolla ♬ original sound - ehmalaysia
Malah ada juga membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut hadir di lokasi yang sama.
CL yang mengenakan jaket hitam sempat berseloroh dengan mengatakan dia ingin menanggalkan ‘outerwear' yang dipakai namun enggan mencetuskan masalah di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Sabronzo pernah dikritik kerana dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video