Seorang lelaki yang dipercayai pekerja sebuah syarikat penerbangan Air Asia meminta pertolongan netizen untuk mencari seorang remaja lelaki tular di platform Tiktok.

Menerusi klip yang dimuat naik pengguna @armanrshd, dipercayai majikan kepada lelaki itu ingin mencari remaja berkenaan untuk menawarkan pekerjaan.

“Hi saya nak minta tolong sedikit, buat sesiapa yang menjumpai remaja di dalam gambar ini tolong maklumkan kepada saya.

“Sebab AirAsia sedang mencari dia untuk diberikan kerja kepadanya,” katanya.

Menurut lelaki berkenaan, kisah terjadi apabila majikannya senang dengan kebaikan remaja tersebut yang ketika itu menjadi pelayan di sebuah majlis.

“Sebenarnya Boss saya pergi satu majlis dan nampak dia sedang bekerja, dia sangat bagus dan sangat merendah diri.

“Kemudian Boss saya memang ingin tawarkan dia kerja, jadi saya nak minta tolong dengan kuasa viral yang ada untuk mencari remaja ini dan minta maklumkan pada saya semula,” katanya.

Pencarian membuahkan hasil apabila remaja berkenaan telah munculkan dirinya di ruangan balas dengan memaklumkan nama dan tempat kerjanya.

“Assalamualaikum, Saya Izz Ahmad Danial yang bekerja banquet di Hotel Corncode. Maaf baru perasan tiktok abang. Alhamdulillah syukur,” tulis remaja berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima 300 ribu tontonan dan 26 ribu menyukai.

@armanrshd

##shouldbeme @AirAsia Cabin Crew Sapa jumpa adk ni tolong hubungi abg k.. Tq tq dik❤️❤️

♬ original sound - Armanrshd