Pelakon Ashraf Muslim berasa ralat kerana tidak kesampaian untuk melakukan banyak perkara bersama arwah bapa kesayangannya, Haji Muslim.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Ashraf meluahkan pemergian bapanya benar-benar meninggalkan buat dirinya.

“Telah pergi seorang ayah yang membesarkan aku… Sedih tak terkira hati ini. 16 tahun dulu aku telah kehilangan seorang mak yang ku sayang kali ini Allah ambil ayah pulak.

“Ada sebab kenapa Allah ambil mereka dulu. Ini adalah dugaan untuk semua. Banyak dipelajari dalam hidup ini… Bertabahlah.

“Wahai hati… Terimalah dengan redha dengan takdir Allah SWT. Ini adalah terbaik untuk ayah walaupun pahit untuk aku dan adik-beradik tapi bagi Allah ini adalah jalan terbaik untuk ayah,” tulisnya.

Bagaimanapun Ashraf menyatakan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk menguruskan jenazah bapanya selain segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah, dari Kelantan all the way sempat sampai PPUM dan dapat solatkan untuk ayah, bersama seketika dengan ayah sehingga ke liang lahad, syukur buatku.

“Pengalaman ini takkan ku lupa sampai mati. Along rindu ayah, banyak perkara Along nak buat dengan ayah tapi tak kesampaian. Ralat dihati ini.

“Tapi Aku faham, Allah yang tetapkan segala-galanya. Nak kata rindu memang rindu gila lah. Mana taknya orang yang kita sayang, dalam masa yang singkat tiba-tiba hilang dari pandangan kita kan.

“Allahuakbar. Ayah… Miss you so much. Along akan jaga adik-adik dengan baik. InsyaAllah… Allah akan tempatkan ayah bersama mereka yang beriman,” coretnya.

Luahan Ashraf itu juga turut dimuat naik bersama video pendek merakamkan detik-detik terakhir bersama bapanya.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

BACA: “Ayah Meninggalkan Kami Dalam Keadaan Baik Dan Tenang” - Bapa Ashraf Muslim Meninggal Dunia

Pada tanggal 20 September lalu, Ashraf memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 dan disahkan berada dalam kategori 5b.

BACA: Bapa Positif COVID-19 Kategori 5B, Ashraf Muslim Mohon Doa, “Belum Sedia Terima Perkara Tak Diingini”

Sebelum ini, Ashraf juga pernah dijangkiti COVID-19 pada April tahun lalu dan sembuh selepas menerima rawatan.

Selain Ashraf, bapa kepada penyanyi popular Faizal Tahir dan penyampai radio Anas Tahir, Dr. Tahir Ab Rahman juga meninggal dunia pada pagi Selasa.