Laman Utama

[VIDEO] Bertahan Hanya Setahun, Alicia Amin Sah Bercerai Talak Satu - “Saya Masih Sayangkan Dia Tetapi…”

gempak
Asyikin Mayudin
02/03/2023
08:41 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Bertahan Hanya Setahun, Alicia Amin Sah Bercerai Talak Satu - “Saya Masih Sayangkan Dia Tetapi…”
Teka-teki mengenai status rumah tangga Alica Amin dengan doktor perubatan, Farzan Iqbal akhirnya terjawab apabila pelakon jelita itu mengesahkan mereka sudah bercerai talak satu.
Menurut Alicia yang juga seorang model, keputusan untuk bercerai itu terjadi selepas berbincang secara baik dan mereka memutuskan untuk menjadi kawan sahaja.
“Ya, saya sudah bercerai secara baik. Semalam, kami pergi ke mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu.
“Selepas hidup bersama lebih kurang setahun, kami lebih mengenali diri masing-masing. Selepas perbincangan, kami rasa lebih selesa sebagai kawan sahaja, bukan pasangan suami isteri,” kata Alicia kepada Gempak.
Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, memaklumkan proses lafaz cerai telah berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.
Biarpun masih mempunyai perasaan sayang, namun Alicia akur dengan ketentuan jodoh mereka hanya setakat ini sahaja.
“Kami kahwin cara baik dan berpisah pun cara baik. Saya masih sayangkan Farzan dan dia pun seorang lelaki yang baik cuma, jodoh kami sampai sini sahaja.
“Saya tak nak buruk-burukkan bekas suami kerana itu bukan cara saya. Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik sebab kerja sebagai doktor, saya pula selalu ke sini ke mari atas urusan kerja juga.
“Saya berada di Bali, Indonesia selama lebih kurang sebulan dan lepas balik, memang dah fikir, sampai di sini sahaja jodoh kami. Dia dah keluar dari rumah cara baik dan saya doakan yang terbaik buat Farzan,” ujarnya.
Terdahulu, Alicia berkahwin dengan Farzan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada Februari tahun lalu dan pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live