Laman Utama

[VIDEO] Buat Kejutan! Hafiz Mahamad Bawa 120 Kakitangannya Mengerjakan Umrah Tahun Depan

Izwan Isa
14/08/2022
08:50 MYT
Umum mengetahui yang usahawan dan pengsohor Hafiz Mahamad sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Tidak hanya untuk kaum keluarga, Hafiz juga sering dilihat memberikan bantuan kepada sahabat, pekerja dan juga pengikut media sosialnya.
Sebelum ini, Hafiz pernah membawa 20 orang pekerjanya untuk menunaikan umrah. Nampaknya, Hafiz sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan kesemua kakitangan termasuk pekerja di Ainaa Beauty yang seramai 120 orang bakal dibawa menunaikan umrah pada Januari tahun depan.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Hafiz mengakui yang dia agak sebak sewaktu ingin mengumumkan berita gembira itu kepada pekerjanya.
Lebih istimewa, bagi pekerja suami isteri, kedua-duanya juga diberi peluang untuk menunaikan umrah bersama.
Selain itu, pemandu yang dikenali dengan panggilan Abe turut sama mengikuti rombongan umrah itu nanti.
Salah seorang daripada pekerja Hafiz, iaitu Man yang tidak sampai sebulan bekerja turut dibawa bersama, tanda Allah sudah memanggil, kata Hafiz lagi.
Perkhabaran Hafiz itu membuatkan pekerja berkenaan menangis.
Menerusi ruangan kapsyen, Hafiz menulis: “Takkan saya lupa diri dan sia-siakan support awak sahabat. Mereka ni semua senyum hasil support dari awak. Saya akan teruskan perjuangan ini bersama team team Ainaa
“Janji saya, saya dan pasukan akan terus beri ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’ kepada sahabat, customer dan team. Ini selalu berada dalam setiap usaha. Terima kasih,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Hiburan

Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

gempak
18/06/2024
01:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib yang memuat naik video mengimbau kembali momen ketika berada di Mekah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
Viral

Suami Kerja Badut, Isteri Telan Kata-Kata Mak Cik Puaka - "Syukur 13 Tahun Kahwin Dapat Pergi Umrah, Bercuti Di Jepun & Beli Rumah"

gempak
11/06/2024
05:25 MYT
Perkongsian seorang wanita mengenai kisah hidup dan pekerjaan suaminya sebagai seorang badut mendapat perhatian netizen.
Viral

Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110

gempak
06/05/2024
11:40 MYT
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Hiburan

Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”

gempak
24/04/2024
03:25 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.