Laman Utama
[VIDEO] “Cukuplah Allah Sebagai Tempat Bagi Kami” – Coretan Terakhir Mangsa Rentung Dalam Kemalangan Undang Sebak Netizen
Kisah seorang lelaki yang kematian isteri dalam kemalangan di kilometer 46 Lebuhraya Utara Selatan, Kulai pada malam Sabtu telah meruntun jiwa rakyat Malaysia.
Menerusi beberapa video yang tular, lelaki yang dikenali sebagai Muhamad Redzuan meraung dan menangis teresak-esak apabila dia gagal menyelamatkan isterinya, Nurul Nazihah yang berada dalam kenderaan yang sedang terbakar ketika itu,
Dalam pada itu, sahabat kepada Nurul Nazihah, Syafiq Shariff turut berkongsi satu tangkap layar yang sempat dimuat Allayarham di status Whatsapp beberapa jam sebelum kejadian.
“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami”, tulis Allayarham pada status tersebut.
Syafiq berkongsi coretan sayu Nurul Nazihah itu menerusi hantaran terkini di laman Facebook miliknya pada pagi Ahad.
Difahamkan juga, Allahyarham baharu sahaja selesai mengerjakan ibadah umrah seminggu yang lalu dan sempat memohon doa daripada rakan-rakannya.
“Arwah baru sahaja balik dari Umrah seminggu yang lepas. Sebelum pergi, arwah Whatsapp minta doa dipermudahkan urusna di sana (Mekah),” tambah Syafiq.
Sementara itu, di ruangan balas, ramai yang turut terkesan dengan kejadian yang mneyayat hati itu. Rata-rata netizen meninggalkan ucapan takziah kepada keluarga dan menitipkan doa buat arwah.
Menurut sumber Bernama, Allayarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Suasana hiba turut menyelebungi kawasan rumah yang dipenuhi ahli keluarga dan sahabat Allayarham.
Sumber - Facebook Syafiq Shariff, IG Bernama
Must-Watch Video