Laman Utama

[VIDEO] “Daging, Roti & Kena Henti Minum Susu” - Dj Lin Akur Demi Nak Sihat, Makan Lauk Umpama Orang Pantang Pun Sedap

gempak
Mya Amri
10/11/2022
04:38 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Daging, Roti & Kena Henti Minum Susu” - Dj Lin Akur Demi Nak Sihat, Makan Lauk Umpama Orang Pantang Pun Sedap
Penyampai radio popular, DJ Lin dinasihatkan untuk menjaga pemakanannya supaya cepat sihat.
DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid berkata dia akur dan terpaksa menahan diri dari menjamah makanan kegemarannya
“Sebenarnya doktor nasihatkan jangan makan daging, roti dan berhenti minum susu. Jadi banyak benda yang saya kena berhenti, semuanya saya punya kegemaran.
“Tapi atas arahan doktor saya kena akur, jadi saya makan ikan, sayur, makanan sihat katanya. Makan macam ni macam lauk orang berpantang pula ye dak,” katanya.
DJ Lin berkongsi perkara itu dalam satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, ruangan komen video tersebut dihujani dengan komen peminat yang mendoakan kesembuhan DJ Lin.
“Jadi vegetarian je Kak Lin, sihat pun dapat, bab susu tu, tak dapat susu minum yang kosong punya,”. tulis peminatnya.
“Allahu kesiannya… Semoga terus sembuh seperti sediakala ya DJ Lin ku sayang,” coret seorang lagi peminat.
Terdahulu, DJ Lin dimasukkan hospital selepas menanggung kesakitan di bahagian kiri perut baru-baru ini.
Selepas lima hari berada di hospital, DJ Lin akhirnya dibenarkan pulang.
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live