Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu kepada HLive dia bakal memfailkan perceraian dengan suaminya, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.

Dedah Puteri Sarah, Syamsul bagaimanapun telah 'unblock' nombornya dan ada perbincangan lanjut sesama mereka. Namun, intipatinya enggan dikongsikan secara lanjut.

"Ketika dia (Syamsul Yusof) buat video itu dia dah unblock. Apa intipatinya saya tak boleh cakaplah.

"Tapi damage has been done, saya akan failkan cerai. Saya dah bersedia, kalau ada apa-apa nanti kita sambung di mahkamah saja," ujarnya tegas kepada HLive secara eksklusif.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mengulas momen bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam yang menangis di kaca televisyen untuk siaran seluruh Malaysia hujung minggu lalu adalah benar.

"Saya rasa sedih bila melihat video bapa mentua saya menangis, ia datang secara semula jadi. Saya percaya ada yang kata jangan percaya pelakon bila menangis depan televisyen. Bila menangis dekat tv dan menangis dari hati ini lain.

"Orang yang berada di tempatnya, atau yang merasakan kesedihan, kepedihan itu saja yang tahu ia betul. Datang daripada hati. Kekecewaan seorang bapa," tambahnya.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)


Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.

BACA: [VIDEO] “Macam Mana Nak Berkomunikasi, Awak Sentiasa Memaki Hamun Saya” - Syamsul Yusof Mengaku Block Puteri Sarah Bersebab

BACA: Minta Henti Kecam Puteri Sarah & Ira Kazar; “Kalau Nak Kutuk, Hina Saya Lah Orangnya…”

BACA: “Mohd Syamsul, Saya Minta Lepaskan Saya” - Puteri Sarah Tak Rela Dimadu

BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand

BACA: "Ya, Puteri Sarah Masih Isteri Saya" - Syamsul Yusof Rayu Pulang Ke Pangkuan, Selesaikan Masalah Di Rumah

BACA: "Letak Semua Kesalahan Pada Saya?" Puteri Sarah Ucap Tahniah Tapi Dakwa Syamsul & Ira Dah Lama Nikah

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.


Kredit video: HLive