Laman Utama
[VIDEO] Difitnah Scammer, Pengasas Produk Depresi Teruk! - "Saya Kelar Tangan, Dengar Bisikan Bunuh Diri & Masih Bergantung Ubat"
Pengasas produk viral, Amira Khan mengakui berdepan masalah depresi teruk selepas dibuli secara siber oleh beberapa pengguna media sosial termasuk rakan perniagaannya sejak setahun lalu.
Jelas Amira, disebabkan tularnya video dan kenyataan fitnah mendakwa dirinya penipu, scammer dan kaki songlap duit orang, perniagaannya mengalami kerugian jutaan ringgit selain berdepan tekanan perasaan ekstrem.
"Saya tak boleh tidur, berat badan naik mendadak. Saya bergantung pada ubat-ubatan kalau tak saya akan jadi tak normal.
Advertisement
"Saya pernah cuba potong tangan kiri saya, saya terlalu depresi sampai saya pernah dengar suara suruh saya bunuh diri.
"Saya bergantung pada ubat dalam tempoh masa lama sampailah saya berjumpa dengan peguam saya sekarang. Saya tak tahu nak pergi mana dengan keadaan tak berduit," ujarnya kepada Gempak.
Amira ditemui pada sidang media khas di pejabat peguamnya, Tetuan Akmal di Binjai 8, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam sidang media sama, Amira turut mendedahkan identiti keenam-enam individu yang didakwa telah memfitnahnya sejak tahun 2019.
"Dari 2019, mereka ugut nak viralkan. Mental torture! Tahun lepas, viral terlampau teruk sampai tontonan 1.7 juta, saya baru nak berniaga dalam bidang kosmetik. Ia hal yang serius dan menjatuhkan reputasi saya.
"Kalau saya bertindak ikut emosi dan tanpa merujuk undang-undang, saya berdiam bukan sebab saya takut. Ramai ingat saya diam sebab saya penipu, tapi tidak saya kumpul segala bukti. Harapnya dengan cara saya berdiam diri ini membantu memberikan keadilan.
"Kita dalam bisnes tak suka bermusuh. Dari tahun lepas saya cuba tahan dan telan semua ini dan harap ia akan reda dengan sendirinya. Tapi sampai bila?
"Buli siber satu jenayah, ia perlu dihentikan. Mungkin hari ini saya yang jadi mangsa, Allah beri saya kekuatan bagaimana jika kena pada orang yang jiwanya lembut? Ia boleh mengundang depresi dan lebih teruk bunuh diri," tambahnya.
Selain kerugian lebih RM1 juta, Amira terkilan apabila keluarganya terutama ibunya turut menjadi mangsa selepas alamat dan nombor telefon ditularkan.
"Saya makan ubat depresi dari tahun lepas kerana saya sangat tertekan. Orang bukan saja ganggu emosi, tapi keluarga dan perniagaan saya.
"Dari boleh menjual 4,000 botol sebulan sampai jadi kosong! Barang tak jalan, difitnah saya scammer, penipu, turun naik balai sampai kena tangkap. Dedahkan alamat rumah ibu saya yang sudah tua.
"Buli saya, saya boleh diam, saya masih muda dan boleh handle. Macam mana dengan ibu saya? Dia tiada husband. Sampai saya terfikir, apa saya dah buat sampai kalian marah betul? Setiap saya katakan hari ini berserta bukti.
"Macam mana orang boleh cakap saya scam dia kalau dia sendiri yang transfer sampai enam kali? Saya tak jaga TAC number dia, kita dah matang dan buat bisnes yang sah.
"Jadi, saya nak membersihkan nama saya bahawa saya bukan scammer, bukan penipu, tak songlap duit orang. Saya tak buat! Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan lanjut, ini satu amaran dan nasihat kepada semua jangan lakukan perkara sebegini," ujarnya.
Rayu Amira agar individu-individu terbabit berhenti melakukan fitnah dan buli siber terhadapnya sebelum tindakan lebih tegas diambil.
"Saya minta tolong berhenti, kita dah tua. Hentikan! Berilah saya berbisnes, jangan kacau saya, saya da komitmen dan keluarga. Jangan buat pada orang lain juga, kasihan. Tak semua orang mampu lalui.
"Saya pun doakan semoga bisnes mereka berjaya sampai tak hairan pun dengan bisnes saya ni. Biar hati mereka dapat ketenangan," katanya yang kini menjalankan usahasama untuk produk losyen pemutih Modest HQ bersama pempengaruh, Aqiel.
Must-Watch Video