Laman Utama
[VIDEO] Dikejar Anjing Liar, Rider Kemalangan Rempuh Pagar Rumah - “Kesian Dia, Dah La Perempuan”
Seorang penghantar makanan Food Panda berdepan nasib malang apabila merempuh pagar sebuah rumah ketika menjalankan tugas.
Kejadian itu dipercayai berlaku kerana rider tersebut dikejar oleh seekor anjing liar di sebuah kawasan perumahan tersebut.
Menerusi laman sosial Twitter, tular video berdurasi 14 saat yang diambil daripada CCTV rumah berkenaan menunjukkan rempuhan yang berlaku.
Video yang dirakam itu bermula dengan menunjukkan tuan rumah bersama seorang lagi wanita sedang bersembang di kawasan garaj rumah.
Secara tiba-tiba, rider tersebut yang datang dari arah luar merempuh pagar rumah berkenaan mengejutkan dua wanita terbabit.
Malah, turut kedengaran bunyi salakan anjing di dalam video tersebut,
Keadaan rider tersebut yang bangkit dalam kesakitan selepas merempuh tidak dapat dikenal pasti.Dikejar anjing liar sewaktu menghantar makanan. Semoga tiada apa yang serius. pic.twitter.com/cuLJO0I2Yv— MyWatch (@My_CrimeWatch) August 20, 2021
Di ruangan komen, video tersebut mengundang rasa simpati wargamaya terhadap rider tersebut yang dipercayai seorang wanita.
Malah, ramai yang kesal tiada tindakan lanjut diambil terhadap anjing-anjing liar yang sering menyebabkan masalah kepada penunggang motosikal mahupun pejalan kaki.
“Any update about that rider? Kena marah ke dengan tuan rumah? Kesian dia, dah lah perempuan. Harap kita semua dapat bantu dia kalau dia memerlukan untuk bayar ganti rugi dan sebagainya,” komen seorang wargamaya.
“Aku kalau isu anjing kejar orang ni memang geram betul lah. Bukan nak cakap, anjing ada tuan ke anjing liar ke kalau dia tak kenal kau confirm dia kejar. Pastu kita yang bodo ni lari lintang pukang. Tak campur macam rider langgar rumah orang,” luah seorang wargamaya.
“Kesian sis panda tu, terhentak pagar woi sakitnyaaaa. Mujur dia pakai helmet,” tulis seorang wargamaya.
“Masalah anjing liar. Banyak kali dah kene kejar masa berlari. Report pada majlis perbandaran takde action. Nak bunuh sendiri tak boleh - berdosa kalau dia attack saya dan saya rasa ia salah disisi undang-undang untuk membunuh binatang liar. Mohon pencerahan solusi,” kata seorang wargamaya.
“Rider perempuan tu. Takut sangat agaknya sampai press handle sampai habis,” ujar seorang wargamaya.
Sehingga kini, perkongsian video telah mendapat hampir 250,000 tontonan dan 10,000 ulang ciap daripada warga Twitter.
Must-Watch Video