Laman Utama
[VIDEO] “Doakan Ibu Saya” – Harris Annuar Sedih Ibunda Tercinta Dimasukkan Ke Hospital
Ibu kepada pelakon Haris Annuar, Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Harris atau nama penuhnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 29, menerusi hantaran terkini di Instagramnya semalam.
“Doakan kesihatan ibu saya ya, hari ini mummy (Kak Ton) terpaksa operate (bedah) demi kesihatan mummy. Sedih sebab aboy (Haris) tak dapat nak teman mummy hingga ke bilik pembedahan sebab ada penggambaran,” tulisnya pada kapsyen.
Bagaimanapun, pemenang tempat ketiga program Hero Remaja 2017 itu tidak mendedahkan sakit yang dialami ibunya.
Sementara itu, ruangan balas Instagram Haris turut dihujani kiriman doa dan ucapan selamat kembali pulih buat ibu tercintanya.
@alipblastoff : “Semoga mummy cepat sembuh dan kembali kuat balik untuk bahagia aboy.”
@iamjaja_juju : “Semoga cepat sembuh mummy abang Harris, semoga segala urusan dipermudahkan.”
@supiahsabdani90: “Semoga cepat sembuh,” antara doa yang dikirim wargamaya.
Untuk info, Harris dikenali dengan sifat manja dan sering bergurau bersama ibunya dengan melakukan beberapa konten lucu di akaun TikToknya.
Malah, aksi dua anak-beranak itu sering membuatkan pengikutnya terhibur.
@harrisannuar Geng tahu tak rupanya banyak Unseen Stories tentang Merdeka yang kita tak pernah tahu and dengar rupanya!Tahu tak sebenarnya orang yang paling rapat dengan kita lah yang paling banyak pengalaman dan cerita tentang Merdeka ni yang mampu menginspirasi kan kita semua!Haaa jadi Cadbury ada melancarkan usaha untuk korang mempertengahkan Merdeka Unseen Stories yang datang dari mulut ibu/ayah/atok/nenek dan sesiapa sahaja dari keluarga anda jadi jom lah kita share story kita di Facebook ataupun Instagram dan jangan lupa untuk meletakkan #CadburyMerdekaUnseen ♬ original sound - Harris Annuar
Must-Watch Video