Laman Utama

[VIDEO] Ebit Lew Ziarah Nabil Ahmad, Rakam Ucapan Takziah Pemergian Ayah Tercinta - “Pergi Tinggalkan Anak Soleh..."

gempak
Shahrin Zulkifle
10/10/2022
22:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Ebit Lew Ziarah Nabil Ahmad, Rakam Ucapan Takziah Pemergian Ayah Tercinta - “Pergi Tinggalkan Anak Soleh..."
Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew berkesempatan menziarahi pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad yang baharu sahaja kehilangan ayah tercintanya, Ahmad Haji Ismail pada 7 Oktober lalu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Ebit menyatakan arwah pastinya berasa bangga kerana memiliki seorang anak yang soleh seperti Nabil.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga Nabil sekeluarga tabah atas pemergian arwah ayah, Haji Ahmad Ismail. Ya Allah ampunilah Haji Ahmad Ismail dan hadiahkan syurga Firdaus buatnya.
“Gembiranya seorang ayah pergi saat meninggalkan anak yang soleh buat usaha dakwah dan buat usaha atas iman.
“Itulah hadiah sangat besar seorang anak buat ayahnya. Semoga kita semua istiqamah sampai menemui-Nya (Allah),” tulis Ebit pada kapsyen.
Terasa dengan kehilangan ayah kepada Nabil, Ebit turut kembali teringat akan peristiwa ayahnya yang telah menghebuskan nafas terkahir setahun lalu.
Bagi Ebit, pemergian orang yang paling disayanginya itu menjadikan dia hilang tempat untuk bermanja dan mengadu.
Sementara itu, pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad dilihat sempat membalas kepada Ebit di ruangan komen dengan meluahkan rasa terharu diatas kehadiran pendakwah berkenaan ke rumahnya.
“Saya mewakili Ibu saya sangat-sangat terharu dengan kedatangan ustaz Ebit dan tiada kata yang dapat kami terjemahkan untuk menzahirkan perasaan kami. Terima kasih ustaz,” komen Nabil.
Terdahulu, berita pemergian ayah Nabil turut dirasai oleh rakan selebriti dan peminat. Arwah disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
BACA: Salam Takziah…Bapa Nabil Ahmad Meninggal Dunia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024