Laman Utama

[VIDEO] Eizlan Yusof Buat Laporan Polis, Bongkar Isu Penyelewengan Orang Kuat Finas Dalam Projek Hantu Filem!

Shahrin Zulkifle
05/12/2022
07:30 MYT

Pelakon Datuk Sri Eizlan Yusof tampil membuat laporan polis mengenai isu projek Pameran Hantu Filem anjuran Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) di Balai Polis Ampang siang tadi.

Menerusi muat naik di Instagram, Eizlan berkata tindakan tersebut dibuat susulan tiada kenyataan balas yang dikeluarkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengenai isu projek berkenaan.
“Tanya chairman, ceo Finas Malaysia buat diam je kan, tidak apa. Saya juga saluran perundangan untuk buat Finas membuka bicara. Ada yang kata fitnah, takpe lah, nanti kita tengok,” tulisnya pada kapsyen.
Eizlan turut berkongsi foto dirinya bergambar di depan balai polis sambil memegang kertas laporan di tangannya.
Terdahulu, Eizlan yang juga bekas Ahli Perbadanan Finas mempersoalkan kaitan projek Pameran Hantu Filem tersebut dengan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka baru-baru ini.
Kata Eizlan, dirinya merasa hairan apabila projek berkenaan dikatakan telah menelan belanja sebanyak RM40,000, malah ia turut melibatkan salah seorang Ahli Perbadanan yang didakwa mempunyai kepentingan dalam persatuan Finas.
“Rumah hantu semasa Festival Filem Malaysia ke 32 (FFM32), apa kena mengena rumah hantu dengan FFM32 ini?
“Dengar ceritanya RM40,000 dan melibatkan salah seorang ahli perbadanan yang mempunyai kepentingan dalam persatuan, bukan ini conflict of interest ke?
“Rasanya pihak pengurusan tertinggi Finas perlu bersuara untuk memberikan kesahihan mengenai isu ini sama ada betul-betul berlaku atau tidak. Dah la ambil RM40,000 kemudian projek itu gagal. Kalau betul perkara ini memang dah melampau,” kongsinya menerusi satu hantaran video.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Finas Malaysia mengenai isu tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Isu Letak Kalimah Allah, FINAS Arah Tarik Balik & Tukar Poster Filem Sijjin

gempak
27/12/2023
05:25 MYT
FINAS arah talik balik poster.
Laman Utama

Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu FDAM, Datuk Afdlin Shauki Bakal Bawa Pembaharuan

gempak
17/12/2023
09:45 MYT
Tahniah Datuk Afdlin Shauki.
Laman Utama

Eizlan Yusof Respon Dakwaan Sertai Parti Politik Bawah PAS - "Buat Masa Ni Saya Hanya..."

gempak
09/06/2023
05:25 MYT
Sama-sama kita tunggu pengumuman.