Laman Utama

[VIDEO] Ewah Ewah! Giliran The Gadys Pula 'Bergelek'

gempak
Amri Hassan
22/09/2022
12:51 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Ewah Ewah! Giliran The Gadys Pula 'Bergelek'
Empat wanita cantik yang memperkenalkan diri mereka sebagai The Gadys ini memulakan kerjaya nyanyian menerusi single raya berjudul Gadys Raya yang dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Dianggotai oleh Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini, mereka punya impian besar untuk berjaya dalam bidang muzik setanding dengan ‘girl group’ sedia ada.
Malah, kumpulan baharu hasil kerjasama Universal Music Malaysia dan Valient Music ini juga optimis mampu pergi lebih jauh dengan karya yang dihasilkan.
Buktinya, mereka yang mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 2.8 juta tanda suka di TikTok cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys.

The Gadys muncul dengan lagu Gelek Jambu

Enggan menunggu lama, The Gadys muncul dengan single Gelek Jambu yang menggabungkan eleman reggaeton, rock dan tradisional.
Nelissa Nizam yang mewakili The Gadys berkata, lagu Gelek Jambu adalah karya yang unik, segar dan dan sesuai untuk pasaran muzik semasa sekali gus bakal menarik perhatian pengguna laman sosial terutama di TikTok.
"Lagu Gelek Jambu ini sangat ‘fun’, ‘cheeky’ dan ‘mess’ sebab ada pelbagai stail. Ada ‘cute’, reggaeton, rock dan tradisional sebagai muzik latar.
"Lagu ini mengisahkan mengenai bagaimana The Gadys bersikap sambil lewa dalam perhubungan. Jika tak suka dengan cara pasangan tu, jika ia toxic, buang jauh-jauh dan berseronok dengan orang lain yang penting iaitu rakan kita, The Gadys," katanya.

Tak tidur, mandi di set penggambaran

Dalam masa sama, Nelissa berkata, The Gadys akur apabila turut berdepan cabaran sepanjang menyiapkan lagu dan MV Gelek Jambu.
“Cabaran paling utama The Gadys adalah masa kerana kami juga terbabit dalam bidang lakonan. Namun, jadual penggambaran yang sangat padat tidak menghalang kami untuk menyiapkan MV Gelek Jambu.
“Ada yang tidak tidur, habis ‘shooting’ MV jam 5 pagi dan terus ke lokasi penggambaran drama pada jam 8 pagi. Ada yang mandi di set penggambaran pun ada. Itu belum lagi latihan menari sampai jam 2 pagi, tetapi Alhamdulillah, semua ujian dapat kami tempuhi dengan baik kerana rasa sayang terhadap satu sama lain di antara pasukan dan semangat yang tidak pernah jatuh,” katanya.

Perempuan jual mahal

Menurut Aznie Azmi, proses rakaman lagu Gelek Jambu banyak dibantu oleh Mage dan Glowrush.
"The Gadys bukan hanya menyanyi biasa, tetapi kita menyanyi dengan karakter dan emosi daripada setiap lirik yang dinyanyikan.
"Sehingga waktu saya kena nyanyi bahagian saya, Glowrush suruh pegang gitar seolah ‘rockstar’, pegang beg dan cawan seolah perempuan yang jual mahal.
"Dalam erti kata lain, proses rakaman sangat seronok walaupun diulang banyak kali. Namun, kami dapat menunjukkan dan memberikan yang terbaik dengan bantuan Glowrush dan Adib," katanya.

Kekal fresh sampai 5 pagi

Bagi Ayunie Rizal pula, bukan sahaja proses rakaman yang seronok, tapi penggambaran video muzik (MV) juga membuatkan masing-masing tidak sabar untuk menunjukkan hasilnya kepada peminat.
"Proses rakaman MV sangat seronok. Sebab sepanjang proses menyiapkan lagu Gelek Jambu ini dari proses penghasilan lagu hingga rakaman MV selesai semuanya berjalan lancar dan dibuat dalam suasana yang menyeronokkan.
"Kami menjalani penggambaran selama 24 jam, tapi jam 5 pagi pun kami masih bertenaga untuk meneruskan penggambaran dalam menghasilkan MV Gelek Jambu. Pihak produksi juga memberi aura dan semangat yang baik. Kami sukakan semua set, ‘fee’, ‘look’ dan visual untuk MV ini," katanya.

The Gadys seronok tarian Gelek Jambu

Sementara itu, Faa Zaini mengakui The Gadys seronok dapat bekerjasama dengan semua individu yang profesional hingga menghasilkan karya yang berkualiti.
"Pengalaman bekerja semasa proses rakaman Mage, Glowrush sangat lah seronok dan mereka membuat The Gadys berpuas hati dengan hasil yang hebat. Selain itu juga, Sofia Sabri juga terbabit membentuk tarian Gelek Jambu ini.
"Kelas tarian kami akan dibuat dua hingga tiga kali seminggu. Banyak perkara baru yang kami belajar semasa dalam kelas menari dengan Sofia. Kami dapat merasakan yang kami ada peningkatan dari hari ke hari.
"Lagu ini dapat memberi senyuman, gelak tawa dan meningkatkan ‘mood’ untuk semua orang. The Gadys juga berharap, walaupun lagu ini ada selit sedikit ‘Indonesian ad-lip’, semoga semua dapat ‘enjoy’ walau di mana jua anda berada," kata mereka.
Gelek Jambu kini boleh didapati di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube The Gadys sejak 9 September 2022 lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live