Laman Utama

[VIDEO] Fizz Fairuz Pelik Almy Nadia Kena X-ray Muka Di Hospital Sebab Batuk, Jawapan Netizen Ada Betulnya!

gempak
Syafiqah Jalal
06/06/2023
03:34 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Fizz Fairuz Pelik Almy Nadia Kena X-ray Muka Di Hospital Sebab Batuk, Jawapan Netizen Ada Betulnya!
Pelakon Fizz Fairuz hairan mengapa isterinya, Almy Nadia perlu menjalani pemeriksaan X-ray sedangkan hanya mengalami batuk.
Persoalan itu dikongsi Fizz Fairuz dalam satu hantarannya di akaun Instagram miliknya.
"Masuk hospital, sebab batuk tapi kena scan (x-ray) muka," tulisnya musykil.
Dalam kemas kini yang sama, Fiz memuat naik video Almy sedang batuk di dalam kereta sambil bertanyakan persoalan itu.
Hantaran itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai reaksi dari pengalaman mereka.
Malah ada juga segelintir netizen yang tidak hairan dengan prosedur yang dijalankan kerana ada kaitan dengan sakit batuk.
"Dia scan hidung takut ada infection tu," kata seorang netizen.
"Saya pernah batuk begini tapi doktor scan belakang badan," komen seorang pengikutnya.
"Patut x-ray paru-paru takut ada infection, doktor salah cakap kot," teka seorang warga net.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024