Kehebatan dua penyanyi negara yang bakatnya tidak perlu di sangkal lagi, Liza Hanim dan Shila Amzah baru sahaja melancarkan single duet pertama mereka berjudul Bahagiakan Dia.

Muzik video rasmi lagu berkenaan telah dimuat naik di Youtube oleh syarikat konten muzik yang bertanggugjawab mempromosikan lagu tersebut iaitu Indigital Music pada Selasa lalu.

Demikian itu, peminat kepada kedua-dua figura ini yang mendengarkan lagu tersebut terus merasa jatuh cinta dan mendoakan lagu berkenaan tembus ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Sampai ke hati dengar lagu ini, harapnya dapat masuk ke AJL.

“Gabungan duet mantap. Vokal Liza dan Shila memang tak dapat dinafikan hebat dan power. Tak nak cakap banyak cuma satu je harap bawa lagu ni ke AJL nanti.

“Gemersiknya suara Liza Hanim, suara Shila tak kurang hebat juga. Harap dapat vocal terbaik AJL.

“Great duo bakal menyinari pentas AJL tahun depan,” antara komen teruja wargamaya.

Terdahulu lagu Bahagiakan Dia telah dilancarkan pada hari yang sama ketika majlis pelancaran drama terbaharu Astro Prima, Cinta Hilang Kata yang bertempat di Panggung Asia Gombak, Selasa yang lalu.

Sehingga artikel ini di tulis, muzik video Bahagiakan Dia telah menerima 15 ribu tontonan dan 200 komen balas dalam masa sehari tayangannya.