Nama pemain muda bola sepak negara, Arif Aiman mencuri perhatian wargamaya apabila dia memberikan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta kepada kedua ibunya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok oleh penjual kereta tersebut, dilihat Arif yang juga pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim memberikan hadiah kereta jenis Proton X50 berwarna biru buat ibu kesayangannya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Arif Aiman, pemian bola sepak JDT beli proton X50 flgship untuk dihadiahkan kepada ibu tercinta,” kapsyen pada hantaran tersebut.

@hafisnaserr Alhamdulillah … Thanks To Arif Aiman Jdt Football Player Beli Proton X50 Flgship Untuk Dihadiahkan Kepada Ibu Tercinta #BeliKeretaTakTengokKereta #HafisNaserr #SyukurSelalu #Jdt #Footballer ♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU - RUNTAH - DJ MANIKCI REMIX

Pada perkongsian sama, sebaik sahaja pintu kontena yang membawa kereta berkenaan dibuka, ibu Arif kelihatan begitu gembira dan seronok apabila menerima kejutan itu.

Tambah manis lagi, Ibunya yang tersenyum kegembiraan ketika itu, turut menerima sejambak bunga.

Sementara itu, diruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Arif yang berbuat baik kepada orang tuanya.

Malah, ada juga yang menjadikan Arif sebagai ‘idola’ dan mendoakan pemain bola itu terus diperluaskan rezekinya.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut menerima lebih 500ribu tontonan dan 44ribu tanda suka.