Pempengaruh Hafiz Mahamad cukup dikenali dalam kalangan netizen sebagai seorang figura yang kerap berkongsi rezeki, memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Dari orang biasa sehingga pekerjanya, cara Hafiz berkongsi rezeki seringkali menyorot perhatian umum, khususnya netizen.

Terbaharu, Hafiz menerusi akaun TikTok, Hafiz berkongsi video mengenai kepergiannya ke tanah suci Mekah bersama isteri, Syafiqah Aina.

Namun, apa yang istimewa, kepergiannya kali ini turut disertai oleh kakitangan serta mereka yang bertuah dipilih untuk mengerjakan umrah bersama Hafiz.
@hafizmahamad Ya Allah ! 1 kapal terbang ke Umrah ? Tak boleh nak describe mcmana feeling ni @Syafiqah Aina ♬ Rahmatun Lil'Alameen - Maher Zain

“Dulu saya ada cakap dengan Aina, Aina abang nak sampai kita mampu nak sewa satu kapal terbang, bayarkan tiket satu kapal terbang untuk orang pergi ke umrah.

“Hari ini depan mata saya awak tengok, ramai depan mata saya ni… Ada staff, ada team, ada orang susah, OKU dan ada anak-anak yatim. Aina isteriku, aku sayang kau… aku sayang kau. Ini buktinya,” ungkap Hafiz menerusi perkongsian video tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai memberikan respons positif terhadap Hafiz dan memuji tindakannya itu membawa sahabat seagama mengerjakan umrah.

“Allahu… terharunya. Kalaulah orang kaya kat Malaysia ni buat macam ni… tercapai hajat mereka yang tak mampu ke tanah suci… walau bertahun kumpul duit.”

“Masya-Allah Allahuakbar banyaknya pahala yang mereka dapat. Alhamdulillah semoga murah rezeki selalu.”

“Masya-Allah syukur pada Allah… happynya tengok video ni… moga murah rezeki awak dan isteri.”

Terdahulu, Hafiz pernah memberi tajaan kepada mereka yang memerlukan untuk pulang ke kampung, selain pernah memberi bantuan kit ujian pantas COVID-19 ketika wabak tersebut sedang mengganas beberapa tahun lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.