,
Laman Utama

[VIDEO]: “Hati Mana Sanggup Lihat Anak Menangis” - Tya Arifin Nafi Dakwaan Tinggal Anak

Mya Amri
23/06/2022
09:48 MYT
Pelakon dan penyanyi Tya Arifin menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya meninggalkan dua orang anaknya menangis di lantai halaman rumai untuk mengejar urusan dunia.
Menurut Tya, disebabkan itu jugalah dia terpaksa menolak tepi karier seni demi misi membantu lebih ramai untuk meraih pendapatan menerusi perniagaan diusahakan.
“Saya bukan sengaja meninggalkan dua orang anak di rumah, sebaliknya perlu keluar bagi melunaskan komitmen kerja.
“Hati mana yang sanggup melihat anak-anak menangis mahu ikut ibu bapa mereka.
“Sukar untuk saya jelaskan situasi ini, namun apa yang pasti ibu bapa yang turut berdepan dengan perkara yang sama memahaminya.
“Mujur juga saya tidak perlu membiarkan mereka lama-lama di rumah.
“Sejak saya usahakan produk sendiri iaitu Mutyara, kini ramai yang berjaya saya bantu terutama golongan wanita untuk memiliki sumber pendapatan.
“Baik suri rumah, ibu tunggal, dibuang kerja, atau wanita berkerjaya lain yang perlu pendapatan sampingan.
"Disebabkan itu, saya memang kena ketepikan seketika kerjaya lakonan kerana mahu terus mengejar misi membantu lebih ramai orang.
“Sasaran saya pada tahun hadapan adalah dapat membantu lebih 100,000 rakyat Malaysia pula,” katanya.
@tyaarifinnw Andai kamu tau Nak? #tyaarifin #jamumutyara #berniagabersamatya #viral #tiktok #fyp #fypシ #berniagatanpamodal ♬ suara asli - Tya Arifin
Bagaimanapun kata Tya, dia bersyukur kerana suami sering memberikan semangat dan motivasi serta menyokong segala tindak-tanduknya.
“Menjadi usahawan juga sebenarnya membuatkan saya kembali jumpa tujuan hidup. Kalau dulu, saya berlakon demi mencari wang untuk ibu bapa saya dan sejak berkahwin, saya tertanya apa lagi tujuan hidup perlu dikejar.
"Tujuan utama saya menjadi usahawan adalah untuk membina perniagaan jangka masa panjang. Misi utamanya adalah untuk membantu orang ramai mengecap impian bersama dan berjaya dalam perniagaan di www.berniagabersamatya.com secara percuma.
Perkongsian Tya menerusi aplikasi Tik Tok mengundang reaksi banyak pihak, ada antara warga maya yang menyoalkan tindakan pasangan suami isteri itu kerana meninggalkan dua orang anak mereka demi mencari rezeki.
Tya dan Asyraf berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa, 3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ogy, Tya Arifin Angkat Kisah Mentua Perangai 'Hantu'

gempak
19/04/2023
14:50 MYT
Tya Arifin makan penampar Kak Ogy!
Laman Utama

[VIDEO] Tya Arifin Dedah Pernah Kena Marah Gara-Gara Tak Fasih Cakap BM - “Jagalah Air Muka Saya Sikit”

gempak
28/03/2023
11:45 MYT
Takpa, lama-lama nanti Tya fasih la.
Laman Utama

“Ini Menantu Ke Adik Beradik?” - Netizen Puji Kecantikan Siti Nurhaliza Nampak Sebaya Dengan Tya Arifin & Izara Aishah

gempak
21/01/2023
16:00 MYT
Awet muda betul Siti
Laman Utama

[VIDEO] Isteri Mengadu Suami Dah Tak 'Mesra', Tya Arifin Jadi 'Penyelamat' Selesaikan Krisis Rumah Tangga - “Semestinya Ada Masalah…”

gempak
05/01/2023
06:55 MYT
Tahniah Tya!
Laman Utama

Asyraf Khalid. Tya Arifin Pernah Dilarang Kahwin Muda! - "Ayah Terkejut, Dia Tak Setuju"

gempak
10/11/2022
01:30 MYT
Rezeki kahwin muda...
Unitar