Laman Utama

VIDEO: “Ibu Dah Tak Balik Dah…” – Allah Luluh Hati Lihat Shuib Sampaikan Berita, Peluk Anak-Anak Menangis

gempak
Mya Amri
10/08/2021
13:45 MYT
Sponsor Banner
VIDEO: “Ibu Dah Tak Balik Dah…” – Allah Luluh Hati Lihat Shuib Sampaikan Berita, Peluk Anak-Anak Menangis
Sebak… Itulah perkataan yang dapat diungkapkan sebaik sahaja melihat pelawak, Shuib Sepahtu menyampaikan berita pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada zuriat kesayangan mereka.
Shuib berkongsi berita sedih itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Allahyarhamah Siti Sarah sebentar tadi.
Menurut Shuib, walaupun terasa berat untuk menyampaikan berita tersebut namun sebagai seorang bapa dia harus cekal berdepan dengan anak-anaknya.
Video itu juga merakamkan Shuib sedang ketiga-tiga anaknya dengan kata-kata semangat dan berjanji akan memastikan mereka menjadi anak yang soleh seperti mana yang diharapkan arwah Sarah.
“Sebenarnya, anak-anak dah nampak di YouTube pasal ibu mereka, Siti Sarah. Siap tanya penjaga kenapa cakap ibu arwah, ibu kan koma je. Lepas itu diorang tanya lagi kenapa ada video ‘Anak-anak tidak tahu ibunya telah tiada.’
“Ya Allah beratnyaa hati kami, akhirnya dengan lafaz Bismillah, selawat, daddy terangkan hal sebenar dengan tenang. Anak-anak menangis, mengharapkan ibu balik, rindukan ibu…
“Uwais, Talita, Matin dan Ayash, jadilah anak yang soleh dan solehah, rajin solat, pandai mengaji Al-Quran, selalu bersedekah dan dengar cakap daddy dan keluarga.
“Kita hanya berpisah di dunia, bertemu kembali di Syurga,” coretnya.
Paling sedih apabila Shuib mengungkapkan baitan ayat:
“Uwais, Talita, Matin sembahyang doakan ibu kan? Nak ibu balik kan…? (terdiam, sebak menahan tangis) ibu dah tak balik dah…
"Ibu dah tak akan balik tau… Kita dah tak jumpa ibu… Ibu dah tak ada dalam dunia… Ibu dah dekat syurga…” ujarnya sambil memeluk anak-anaknya.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu, anak-anak kecil itu kembali tenang buat seketika seperti memahami apa yang disampaikan oleh bapa mereka.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen bukan hanya rakan selebriti, malah netizen juga turut mengalirkan air mata melihat saat anak-anak kecil itu menerima berita tersebut.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima lebih 900,000 tontonan.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah….
Terdahulu, dunia industri hiburan dikejutkan dengan pemergian bintang kesayangan ramai, Siti Sarah Raisuddin yang menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, jam 5.13 pagi.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19.
BACA: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan – “Memang Permintaan Arwah Untuk Disemadikan Sebelah Pusara Ibunya…”
Ibu kepada empat cahaya mata itu belum sedarkan diri dan masih bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.
Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.
Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.
Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live