VIRAL
Video Jejaka Kacak Nyanyi 'Tak Tun Tuang' Viral, Raih Hampir 1 Juta Tontonan
Video seorang jejaka kacak yang menyanyikan lagu Tak Tun Tuang menjadi viral di laman sosial.
Lagu Tak Tun Tuang dendangan asal penyanyi Indonesia, Upiak Isil kini menjadi siulan orang ramai.
Jejaka bernama Andi Bernadee itu memuat naik potongan video tersebut di laman Facebook miliknya pada 3 November lalu.
Sehingga kini, video nyanyian Andi meraih hampir satu juta tontonan serta lebih 20,000 perkongsian pengguna Facebook.
Rata-rata pengguna laman Facebook meninggalkan komen dan mengatakan mereka terhibur menonton nyanyian Andi.
Ada juga netizen wanita suka melihat video tersebut kerana 'cair' dengan rupa paras Andi yang kacak.
Astro Gempak menghubungi Andi untuk mendapatkan responnya mengenai video viral tersebut.
"Saya tak jangka video ini viral. Semuanya tidak dirancang. Saya dengar lagu Tak Tun Tuang itu dari kawan dan saya terfikir nak cover lagu ini. Saya terus menyanyikan lagu ini dan kebetulan, ketika itu saya tak mandi lagi.
"Selepas itu, saya terus memuat naik video tersebut di laman Instagram. Apabila ramai yang respon di Instagram, saya memuat naik di laman Facebook. Tak sangka pula ramai yang memberikan maklum balas positif serta berkongsi video tersebut," katanya.
Andi merupakan penyanyi baru yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia dan bakatnya dicungkil menerusi aplikasi Smule.
Andi kini muncul dengan single pertama yang berjudul Tiada Lagi Maaf, ciptaan sepenuhnya oleh Andi sendiri.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @andibernadee
Must-Watch Video