Pelakon Azhar Sulaiman memaklumkan bahawa jenazah bapa mentuanya iaitu Allahyarham Datuk Pahamin A Rajab telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chiqwell London, United Kingdom (UK) pada pagi Khamis.

Azhar menerusi video yang dimuat naik di TikTok berkongsi perkara itu dan memohon agar semua orang mendoakan roh arwah ditempatkan bersama orang beriman.

“Saya ingin memaklumkan bahawa urusan pengembumian Allahyarham Pahamin A Rajab telah selamat dilakukan di Chiqwell London UK, terima kasih kepada semua yang hadir untuk pengurusan pengembumian pada hari ini.

“Mari kita sama-sama semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas roh arwah bapa mentuaku dan ditempatkan arwah bersama orang beriman, amin,” kongsi Azhar.

Rata-rata netizen turut mengucapkan takziah selain mendoakan seluruh keluarga Azhar.

Untuk info, arwah yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London bagi menghadiri majlis graduasi cucunya yang juga anak Azhar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalaulah Saya Ada Peluang ..." - Leona Luah Rasa Sedih, Datuk Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Dalam Kapal Terbang

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Dalam Perjalanan Ke London Untuk Hadir Majlis Graduasi Anak Saya…” - Azhar Sulaiman Menangis, Terkejut Bapa Mentua Meninggal Dunia

@theazharsulaiman

Jenazah Allahyarham Arwah Pahamin A Rajab telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Chiqwell London.Terima Kasih semua diatas ucapan dan Doa buat Arwah.

♬ original sound - AzharSulaiman