Laman Utama

[VIDEO] “Jozan Is Back!” Penonton Tak Sabar Nak Tengok Gandingan Johan & Zizan Dalam Abang Long Fadil 3

Izwan Isa
13/07/2022
04:20 MYT
Selepas lima tahun menunggu, akhirnya kesinambungan kisah Fadil bakal terjawab menerusi sekuel ketiga, Abang Long Fadil 3.
Selepas sedutan pertama Abang Long Fadil 3 yang menampilkan Zizan Razak sebagai pelakon watak utama disiarkan bulan lalu, kali ini, sedutan kedua filem arahan Syafiq Yusof itu yang memperlihatkan Johan Raja Lawak pula dipertontonkan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat filem Melayu dilihat tidak sabar menyaksikan filem yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada September depan.
Ada yang tidak sabar untuk menyaksikan filem berkenaan secara keseluruhan dan ada juga yang teruja menantikan gandingan Jozan, iaitu Johan dan Zizan dalam satu layar lebar.
“Tak sabar nak tengok Jozan!”
“Jozan buat comeback!”
“Jozan is back boizz!”
“Yeah bestnya tak sabar nak tengok”
Abang Long Fadil 3 bakal mengungkap kisah Fadil (lakonan Zizan Razak) yang telah pun dibebaskan oleh pihak berkuasa daripada tahanan Jabatan Penjara Nusantara atas kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Justeru, adakah watak Fadil ada kena mengena dengan watak lakonan Johan? Jangan lupa nantikan Abang Long Fadil 3 di pawagam kelak!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jom Sambung Gelak, Ulang Banyak Kali! Abang Long Fadil 3 Boleh Ditonton Di Astro First Mulai 17 November Ini

gempak
15/11/2022
15:20 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

Ozlynn Pernah Rasa Berbelah Bagi Untuk Terima Tawaran Jayakan Abang Long Fadil 3 Sehinggalah…

gempak
05/10/2022
06:50 MYT
Tak meriah kalau Ozlynn takda
Laman Utama

Abang Long Fadil 3 Raih Kutipan RM22 Juta, Pecah Rekod Sekuel Terdahulu

gempak
30/09/2022
10:20 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Elizabeth Tan Jayakan Babak Aksi Tanpa Guna Khidmat Pelakon Lagak Ngeri Dalam Abang Long Fadil 3

gempak
29/09/2022
11:50 MYT
Terbaik Lizzy!
Laman Utama

Elizabeth Tan Kongsi Foto Cium Bibir Bersama Suami, Peminat Kecewa Nak ‘Unfollow’ - “Begitu Syulit Lupakan Lizzy..”

gempak
28/09/2022
03:25 MYT
Macam poster drama Korea!