Laman Utama
[VIDEO] “Kau Ni Apa, Kau Tinggal Sini Ke?” – Pakai Baju Melayu Sendat Melekap, Wak Doyok Tegur Penampilan Lagu Raya Aliff Syukri
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mengundang rasa kurang senang netizen selepas memuat naik video teaser lagu raya terbaharunya.
Video itu merakamkan penampilan Aliff memakai set baju lengkap berwarna biru yang ketat terutamanya di bahagian kaki dan bersampin.
Manakala di belakangnya pula menunjukkan beberapa penari lelaki berpenampilan sama sepertinya membuat tarian yang mengundang kemarahan netizen.
Tidak hanya netizen, ikon media sosial dan pelakon iaitu Wak Doyok juga tampil memberikan komen tentang video tersebut.
Menerusi komennya, Wak Doyok juga mengingatkan Aliff supaya berpada-pada agar peristiwa bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sebelum ini tidak berulang.
“Kau ni apa? Kau tinggal sini ke. Ingat datuk, peristiwa 2022 SKMM jangan diulang lagi,” tegurnya.
Sehingga kini komen itu telah menerima lebih 790 tanda suka dan ramai yang menyokong teguran Wak Doyok.
“Dia ni mana pernah serik, ada duit apa pun dia boleh buat wak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, ada masalah perhatian ni, kesian,” tulis seorang netizen.
“Setuju, pakai baju ketat gitu tak ada otak lah, nak buat lagu pun biarlah baju yang elok sikit. Ni pakai baju macam tu buat malu bangsa je,” komen seorang lagi.
Terdahulu, Aliff pernah dipanggil SKMM tahun lalu berikutan penayangan muzik video raya Kelepak Kelepuk Raya yang mengundang kecaman netizen.
Muzik video itu memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang dianggap tidak menghormati raya.
Must-Watch Video