gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Tak Mahu Susahkan Keluarga, Araff Hampir Tidak Sertai Ujibakat - “Saya Faham Dengan Kekangan Hidup…”
HIBURAN
Tegur Anak Bab Solat , Netizen Puji Ketegasan Johan - “Dengan Yang Bujang-Bujang Kecut…”
HIBURAN
Siti Jamumall Dedah Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami - “Ujian Hidup Masing-Masing, Mungkin Terbawa Emosi Sebab Tengah Hamil”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

[VIDEO]: “Kenapa Aku Nangis?” - Netizen Terharu Coach Malaysia Rela 'Berkaki Ayam' Pinjamkan Kasut Pada Pemain Jamaica

gempak
Mya Amri
30/07/2022
08:53 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: “Kenapa Aku Nangis?” - Netizen Terharu Coach Malaysia Rela 'Berkaki Ayam' Pinjamkan Kasut Pada Pemain Jamaica
Nama jurulatih badminton negara, Hendrawan menjadi topik perbualan hangat netizen.
Ini kerana sepotong video merakamkan detik mengharukan di mana Hendrawan meminjamkan kasutnya kepada pasukan lawan iaitu pemain dari Jamaica, Samuel Ricketts ketika saingan Sukan Komanwel Birmingham 2022, awal pagi tadi.
Ketika itu, kasut yang dipakai Ricketts terkoyak di bahagian tapak dan pasukannya tidak mempunyai kasut gantian.
Sebagai solusi, Ricketts terpaksa membuat keputusan untuk mengguntingkan lebihan tapak yang terkoyak supaya tidak mengganggu fokusnya untuk bermain.
Hasil bahagian tapak kaki Ricketts terkeluar sedikit di bahagian tapak yang terkoyak.
Bagi pemain, perkara itu boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka kerana bahagian kaki tidak dilindungi dengan baik.
Melihat situasi itu, Hendrawan atau lebih mesra dengan panggilan Hendra meluru ke arah Ricketts untuk menghulurkan bantuan.
Hendra kemudiannya membuka kasut yang dipakai dan memberikan kepada Ricketts untuk digunakan semasa perlawanan.
Malah Hendra juga hanya berkaki ayam di atas gelanggang sambil melihat perlawanan anak buahnya
View this post on Instagram
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
Momen tersebut telah menyentuh hati rakyat Malaysia dan rata-ratanya memuji tindakan pantas Hendra membantu pihak lawan.
Rakyat Malaysia juga menyatakan rasa bangga dan memuji semangat kesukanan yang tinggi.
Tidak kurang juga ada yang berasa terharu sehingga mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat rakaman video berkenaan.
Terdahulu, Tze Yong tidak berdepan masalah untuk mengatasi Ricketts menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-16.
Skuad badminton negara menang 5-0 ke atas Jamaica sekali gus mara ke suku akhir selepas turut merakam kemenangan 5-0 ke atas Zambia dalam aksi pertama kumpulan.
Malaysia akan berdepan Afrika Selatan bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan, esok.
Topic Berkaitan
#Viral
#badminton
#Kasut
#Coach Hendra
#Coach Malaysia
#Hendrawan
#Jamaica
#Momen Menyentuh Hati
#Pasukan Lawan
#Pinjam Kasut
Must-Watch Video