,
Gaya Hidup

[VIDEO] Kereta Masuk Gaung, Tangan Besar Keluar Daripada Tingkap Kereta Buat Netizen Ketakutan!

Azwa Rahman
14/08/2019
10:41 MYT
Satu kemalangan kereta yang berlaku di Gombak menarik perhatian netizen apabila ada penampakan tangan yang kelihatan ganjil.
Difahamkan, kejadian melibatkan sebuah Perodua Viva terbabas ke dalam gaung berdekatan Jalan Gombak Lama, susur naik ke Genting Sempah pada Sabtu.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi satu video kereta tersebut sedang ditarik keluar daripada gaung. Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah pada minit ke 0.42 saat, kelihatan satu tangan besar berwarna putih yang keluar daripada tingkap kereta terbabit.
Tangan besar yang seakan-akan tangan hantu itu dilihat seperti membuang sesuatu keluar daripada tingkap dan kemudiannya menghilang. Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen kerana rata-ratanya ketakutan melihat sosok tangan terbabit.
“Ni kejadian menimpa kawan aku. Sekampung pula tu. Sebelum terbabas dia cakap ada sesuatu menarik stereng dia dgn tiba-tiba. Dalam tu ada empat orang, Alhamdulillah selamat,” komen seorang netizen menceritakan kejadian sebenar.
“Kalau zoomkan, nampak tiga jari je weh ke aku je nampak?” tanya seorang netizen.
“At first I thought I just saw a cloth being stucked to a branch. But then, I saw something like a hand that just let that thing go? Wtf. This some creepy shit right there,” komen seorang netizen ketakutan.
“First time saya tengok semalam nampak macam tangan. Bila dah tengok berkali-kali, nampak macam kain. Benda yang terjatuh tu tersangkut pada kain tu. Bila kereta ditarik, kain tu pun tertarik ke dalam sama dan yang tersangkut tu pun jatuh,” ujar seorang netizen.
Video tersebut sehingga kini menerima 220,000 tontonan dan hampir 7,000 ulang kicau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.