Malang tidak berbau… Seorang kanak-kanak dan dua orang dewasa dilaporkan cedera selepas terjatuh daripada kenderaan (ride) taman permainan (fun fair) yang beroperasi di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, baru-baru ini.

Memetik laporan yang diterbitkan media tempatan, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.50 malam.


Menurut Ramli, ketiga-tiga mangsa tersebut terjatuh daripada permainan yang dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika sedang berpusing.

Tambahnya, seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka.

Ramli turut memberitahu, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Selain itu, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen.



Meninjau ciapan yang ditinggalkan oleh netizen, rata-rata meluahkan rasa kurang senang dengan kemalangan yang berlaku.

“Aku kalau fun park yang camni memang tak berani naik. Safety pon takda.”

“Soalan. After installation this part. Pihak mana yang buat inspection and sahkan bende ni selamat untuk naik?"

“Fun fair ni selamat ke?”

Sumber: Buletin TV3 dan Facebook

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!