Laman Utama
[VIDEO] Lan Solo Ditegur Biarkan Anak Lincah Menari - “Eloklah Sangatlah Ajar Anak Terkinja-Kinja”
Sejak munculnya pelbagai platform media sosial, kandungan yang dihasilkan oleh pengguna juga semakin meningkat.
Ada yang berkongsi tentang rutin harian, perihal kulinari dan tidak kurang juga yang menunjukkan bakat nyanyian serta tarian.
Mungkin hal itu yang dirasakan oleh penyanyi Lan Solo. Menerusi kemas kini terbaharu di Instagram, Lan memuat naik rakaman video TikTok yang menampilkan anak sulungnya menari sambil diiringi lagu.
Turut kelihatan, isterinya Sheila juga mengambil kesempatan untuk turut ikut menari bersama di belakang.
“Morning guys. Nah, video semangat pagi daripada anak sulung aku. Kot-kot ada yang lesu masuk office bolehlah try step ni, confirm urat sendi longgar,” katanya pada ruangan kapsyen.
Sungguhpun ramai yang memberikan respons positif dan terhibur dengan telatah anak Lan, tetapi masih ada yang mempersoalkan tindakan penyanyi itu membenarkan anaknya menari sedemikian rupa.
“Elok sangatlah ajar anak terkinja-kinja.”
“Ish tu la… duk rasa nak tegur lama dah, tapi takut kena kecam pulak. Buruk betul sudah macam yang kat atas pokok dah tegok.”
“Sebab sekarang dunia akhir zaman. Sepatutnya ibu bapa dapat mendidik anak-anak ke arah yang lebih baik. Pelajari dan dalami ilmu akhirat. Mungkin tak ada yang berani tegur. Semoga Lan dan isteri dapat petunjuk dan hidayah. Jangan tunjukkan perilaku anak seperti ini buat tontonan umum. Lepas ni kalau tunjuk lagi, saya akan unfollow.”
Must-Watch Video