gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kisah Termakan Daging Khinzir, Syasya Rizal; "Saya Mengaku Salah Saya, Tapi Tudung Tak Ada Kena Mengena..."
HIBURAN
AC Mizal Ucap Terima Kasih Pada Ajai, Mohon Netizen Jangan Salah Faham - “Tiada Sakit Hati, Kami Masih Baik”
HIBURAN
"Rasa Macam Disula ..." - Fizie Tak Malu Mengaku Derita Buasir, Kini Jadi Duta Produk Usus
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

[VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi

Shahrin Zulkifle
Shahrin Zulkifle
31/01/2023
06:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Macam Ni Lah Baru Jantan…” - Netizen Puji Syamsul Yusof Tetap Ceria Layan Peminat Walau Dilanda Kontroversi

Meskipun dilanda pelbagai kontroversi susulan isu berkahwin dua, pengarah sensasi Syamsul Yusof tetap profesional melayani peminat yang menyapanya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Syamsul nampak begitu ceria saat melayani beberapa orang peminat untuk mengajak bergambar sama ketika di sebuah stesen pam minyak.

Pada video yang sama, pengarah filem Munafik itu turut menyeru orang ramai supaya saling tegur menegur antara satu sama lain jika terserempak dengannya tidak kira di mana lokasi sekali pun.

“Nampak abang (Syamsul) dekat luar, tegur tegur lah,” katanya ringkas.

@syamsulyusoffilm Nampak abg kat luar tu tegur2 lah ye.#TqAllah ♬ bunyi asal - Syamsulyusoffilm

Menjengah ke ruangan balas rata-rata wargamaya meluahkan merasa kagum dengan semangat yang dimiliki oleh pengarah berusia 38 tahun itu yang kekal ceria meskipun dia ketika ini berdepan kontroversi mengenai kemelut rumah tangganya bersama isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

Pun begitu, ada juga yang berharap agar Syamsul terus kuat menjalani ujian selain mendoakan dia dan isteri keduanya iaitu Ira Kazar kekal bahagia.

“Macam ni baru jantan, terbaik Syamsul tetap sporting,” kata seorang wargamaya.

“Kebahagian harus diteruskan, semoga bahagia ke jannah, terbaik Syamsul dah Ira,” komen seorang warganet.

“Terus kuat semangat ye Syamsul, Allah sedang menguji awak dan keluarga,” ujar seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
#Syamsul Yusof
#Netizen
#Puteri Sarah Liyana
#Ira Kazar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement