Umum mengetahui usahawan dan pempengaruh kontroversi, Nur Sajat kini berada di Australia.

Sejak meninggalkan Malaysia, Sajat dilihat betah menetap di bumi kanggaru itu. Memiliki kereta dan juga kediaman sendiri, Sajat juga sering berkongsi yang pernigaan bengkungnya juga semakin berkembang di sana.

Namun, kenyataan Sajat menerusi sepotong video yang viral baru-baru ini mengejutkan banyak pihak.

@hazleemohd @nursajat85 ♬ bunyi asal - @butter_cup

Menerusi video yang dipercayai dirakam menerusi sesi siaran langsung di platform media sosial itu, ada yang meninggalkan komen memberitahu Sajat yang dia tetap akan dikebumikan sebagai lelaki apabila dia telah meninggal dunia.

Namun, Sajat dengan tegas mematahkan kenyataan yang ditulis oleh netizen berkenaan.

“Semua tahu kita perempuan. Kita kebumi bukan dekat Malaysia, tapi dekat Australia. Korang ni cakap aku macam tak boleh fikir. Sajat dah duduk Australia, dia memang orang sana, bukak bisnes kat sana… takkan mati nak hantar kat Malaysia? Memang tidaklah.

“Mati aku perempuan. Register tu female. So nak cakap apa? Dah-dahlah, move on lah hidup korang ni. Terima jelah,” katanya.

Meninjau ruangan komen di TikTok, ramai antara netizen yang berharap agar Sajat sedar dengan apa yang dikatakan dan diberikan hidayah oleh Allah SWT.




Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!