Pelakon Amir Ahnaf sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila video yang mempamerkan dirinya melafaz potongan ayat Kursi viral di media sosial.

@astrogempak #GempakNews: Sedap suaranya Klik link untuk artikel penuh #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound - Gempak

Menerusi video yang dikongsikan di platform X, pelakon yang popular dengan watak Kapla itu dikatakan mampu mengaji dengan baik, dan suaranya bertaranum juga dikatakan sedap didengar.



“No wonder ramai perempuan crush dekat Kapla High Council ni. Mengaji pun sedap siap taranum,” tulis akaun berkenaan.

Meninjau komen-komen yang ditinggalkan pengguna media sosial, rata-rata memuji bacaan Amir.



“I’m amaze dengan makhraj huruf dia. Bacaan Tafhim dan Tarqiq dia jelas. Tajwid dia pun mana yang kena dengung dengan dipanjangkan harkatnya executed nicely. Well done,” tulis seorang lagi pengguna platform X.

Amir yang pernah menyertai program Hero Remaja mula dikenali selepas drama lakonannya, Projek High Council menjadi siri fenomena awal tahun lalu.

Sumber: Twitter

BACA: Amir Ahnaf Potong Rambut, Bagi Hint Tengah Shooting Drama Baharu?​