Laman Utama

[VIDEO] Nabil Aqil Teringin Pegang Watak ‘Gay Boy’ - “Kepada Penerbit Di Luar Sana, Jangan Takut Nak Ambil Saya…”

gempak
Asyikin Mayudin
02/08/2023
00:46 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Nabil Aqil Teringin Pegang Watak ‘Gay Boy’ - “Kepada Penerbit Di Luar Sana, Jangan Takut Nak Ambil Saya…”
Lain daripada yang lain, pelakon Nabil Aqil mendedahkan dia menyimpan impian untuk melakonkan watak sebagai seorang ‘gay’ atau suka kaum sejenis dalam mana-mana karya.
Nabil memberitahu dia sudah mengkaji cara percakapan dan jalan individu seperti itu memandangkan ramai orang di sekelilingnya bersifat sedemikian.
“Saya ada beberapa watak yang saya teringin nak cuba sekali. Pertama sekali watak seorang yang depres (kemurungan), kedua ‘gay boy’… seorang gay dan yang ketiga, gangster.
“Kenapa gay boy? Sebab saya yakin yang saya boleh bawa watak itu sebab sekeliling saya pun dah ramai orang macam itu. Jadi, saya dah adapt, observe dia punya cara percakapan, cara jalan.
“Jadi, saya rasa saya boleh buat watak itu. Kepada penerbit di luar sana, jangan takut nak ambil saya untuk watak gay boy,” kata Nabil menerusi temu bual yang dimuat naik di TikTok Maskulin.
Bagaimanapun, Nabil turut berkata dia mahu mencabar dirinya untuk membawa watak seperti itu kerana ia berlainan daripada lakonannya sebelum ini.
“Saya tak tahu nak cakap takut ke tak tapi saya okay je kot. Sebab saya memang nak bawa watak yang berlainan, yang kontra dia kaw-kaw,” katanya.
Dalam temu bual yang sama, Nabil turut memberitahu dia sentiasa terbuka dengan komen daripada netizen tidak kira ia positif ataupun negatif.
BACA SINI: Dituduh Lelaki Gay, Atiq Azman Mahu Ambil Tindakan; “Standby Nak Saman, Jangan…”
“Bagi saya, komen-komen itu adalah komen yang ikhlas kot daripada orang. Kalau dia bagi komen yang buruk pun saya terima, baik pun saya terima. Itu semua atas nak saya ubah diri, memperbaiki diri.
“Terima kasih juga sebab bagi komen-komen macam itu. Kalau tak ada komen itu, mungkin tak tahu apa silap saya. Inilah kelemahan yang saya kena betulkan. Komenlah lagi,” ujarnya.
@maskulinmy Pelakon meningkat naik, Nabil Aqil ingin mencabar dirinya melakonkan watak-watak ‘panas’ seperti gengster dan juga lelaki ‘cinta sejenis’. Mungkin cabarannya lebih unik dan berbeza. All the best Nabil! #maskulin #majalahmaskulin #fyp #fypmalaysia #foryoupage #nabilaqil #artismalaysia #artis #maskulinmen #maskulingayahidup ♬ original sound - Maskulin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live