Penyanyi Najwa Latif akhirnya membuka mulut mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.

Najwa menerusi Instastory berkongsi komen daripada peminatnya yang mengucapkan tahniah atas kehamilannya dan berharap ibu serta bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat.

“Tahniah kak Wawa for you pregnacy. Saya harap baby dan awak sihat selalu,” tulis peminatnya.

Bagaimanapun, Najwa yang ketika itu bersama suaminya, penyanyi Akwa Arifin membalas semua ucapan peminat itu dengan menafikan dirinya sedang hamil.

Malah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Cinta Muka Buku itu mengharapkan semua orang mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

“Amin, walaupun tak pregnancy lagi tapi amin. Saya belum pregnant (hamil). Bukan pregnancy, salah itu… ‘tahniah kak Wawa for your perut buncit.

“Belum lagi tapi amin, doakan yang baik-baik ok,” kongsi Najwa.

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif Dedah Momen Indah Suami Lamar Kahwin Dalam Kereta - "Saya Nangis, Sebab Waktu Tu Tengah ..."

Terdahulu, spekulasi mengenai Najwa sudah hamil mula tersebar selepas tular video dia sedang membuat persembahan dan memperlihatkan seakan-akan nampak baby bump.

Untuk info, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa pada dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor, pada 11 November tahun lalu.

@ekeqekek

gitu lah

♬ original sound - FANS WAWA