Laman Utama

[VIDEO] Nak Pikat Hati Abang Bomba? Saif Ahmad Kongsi 5 Tips Ini Untuk Para Gadis!

gempak
Shahrin Zulkifle
17/09/2022
03:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Nak Pikat Hati Abang Bomba? Saif Ahmad Kongsi 5 Tips Ini Untuk Para Gadis!
Masih ingatkah anda kepada abang bomba berbadan sado bernama Saif Ahmad yang tular kerana aksi menayang otot sewaktu perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu?
Ternyata Saif sendiri tidak menyangka apabila aksi ‘belanja’ otot bersama rakan anggota lain ketika acara itu dirakam pengunjung dan tular ke seluruh media sosial.
Malah, dia juga mengakui terkejut apabila pengikut di Instagram bertambah secara mendadak.
BACA: Viral Sejak Perarakan Hari Kebangsaan, Abang Bomba Sado Ini Tak Sangka Jadi Perhatian –“Followers Pun Bertambah 13,000”
Dalam pada itu, Saif yang ditemui Gempak turut berkongsi beberapa tips kepada para gadis di luar sana yang ingin mencuba nasib untuk memikat hati abang bomba idaman mereka.

1.Solat

Jelas Saif, wanita berkenaan hendaklah cukup amalan ibadah solatnya.
“Kalau ada yang memasang niat untuk menjadi isteri kepada seorang ahli bomba, wanita tersebut mestilah yang pertama sekali solat kena cukup”.

2.Taat

Selain itu, wanita berkenaan hendaklah taat kepada bakal suaminya.
“Selain itu harus taat kepada bakal suami, dengar dan patuh kepada arahan suami selagi tidak bercanggah dengan hukum agama”.

3.Pandai Masak

Tambahnya lagi, wanita yang ingin menambat hati abang bomba mestilah tahu memasak.
“Kalau ingin jadi isteri mestilah kena pandai memasak, lagi-lagi lauk kegemaran pasangan anda sendiri”.

4.Sifat Seorang Ibu

Memiliki sifat keibuan turut menjadi tips yang dikongsikan Saif.
“Memilki sifat keibuan antara yang perlu ada pada wanita itu. Bukan apa, supaya mudah untuk menjaga anak-anak nanti”.

5.Baik Akhlaknya

Berkongsi tips terakhir, Saif memberitahu bahawa lelaki akan melihat kepada akhlak seseorang wanita itu sebelum menjadikannya isteri.
“Perkara paling paling penting mempunyai ahlak yang baik. Sebab, pada akhirnya nanti, lelaki memang akan mencari wanita yang mempunyai akhlak yang baik. Rupa cantik atau tidak bukan faktor utama,” kongsi Saif.
Saif ditemui minggu lalu ketika menjadi tetamu program MeleTop yang bersiaran secara langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil dan disiarkan menerusi saluran 104 (Astro Ria).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live